PLKN SEMAKAN ONLINE 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Konsep Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah berteraskan Akta Latihan Khidmat Negara (Akta 628), Dasar Keselamatan Negara (DKN), Kertas Putih Pertahanan (KPP) dan dasar-dasar berkaitan yang dibentuk dengan gabungan dua (2) komponen dan ianya melibatkan fasa-fasa yang ditetapkan.
Bagaimanakah PLKN semakan online? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PLKN SEMAKAN PELATIH : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
PELAKSANAAN PLKN 2025
Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang terbaru adalah melalui tiga (3) fasa, iaitu :
- Fasa Latihan Pra PLKN :
- Bagi Fasa Pra PLKN, ianya merangkumi pelajar Tingkatan 4 sahaja semasa kegiatan kokurikulum yang diperkenalkan di peringkat sekolah sebagai persiapan bagi mereka menjalani latihan selepas berusia 17 tahun.
- Fasa Latihan Asas PLKN :
- Bagi Fasa Latihan Asas PLKN, ia akan melibatkan remaja yang berusia 17 tahun dan ke atas bakal dipilih untuk menjalani latihan asas di 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik.
- Latihan asas ini merangkumi pengisian latihan yang terdiri daripada modul asas kenegaraan sebanyak 30% dan latihan asas ketenteraan sebanyak 70% yang bersifat intensif, lapangan serta praktikal.
- Fasa Peringkat Latihan Lanjutan :
- Untuk Fasa Peringkat Latihan Lanjutan pula sedan dibincangkan sama ada perlu melihat kepada soal peluang dibuka, termasuk dari segi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada semua yang ikuti PLKN.
- Selepas pembabitan belia dalam PLKN ini, peserta akan disambut oleh agensi lain sebagai kesinambungan kelahiran mereka daripada program ini.
OBJEKTIF PELAKSANAAN PLKN 2025
Antara objektif pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah untuk :
- Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda;
- Memupuk dan menyatupadukan golongan muda dari pelbagai kaum serta integriti nasional;
- Membentuk perwatakan positif dan mengamalkan nilai-nilai murni;
- Menanam dan menyemarakkan semangat kesukarelawanan; dan
- Melahirkan generasi muda yang cergas, cerdas dan berkeyakinan tinggi.
SYARAT KELAYAKAN PLKN 2025
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penyertaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi);
- Kesihatan Fizikal dan Mental dalam keadaan sihat;
- Belum pernah menyertai PLKN sebelum ini.
PLKN SEMAKAN ONLINE 2025
Untuk semakan kemasukan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) secara online, sila imbas kod QR pada gambar yang tertera di bawah :

- Halaman utama Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan dipaparkan.
- Klik pada butang [SEMAKAN E-PLKN 3.0].
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Klik pada kotak “I’m not a robot”.
- Kemudian, klik butang [SEMAK].
- Status kelayakan akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan PLKN, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian PLKN : 03-4012 7306 / 03-4012 6151 / 03-4012 6538 (Waktu pejabat).
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mod.gov.my/index.php/en/information/plkn-3-0.