SYUKUR SABAH BILA BAYAR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN RM900

SYUKUR SABAH BILA BAYAR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN RM900

Satu inisiatif pembasmian kemiskinan telah diperkenalkan di Sabah melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat atau SYUKUR Sabah dengan pemberian bantuan tunai secara berfasa kepada golongan miskin eKasih bagi mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri tersebut.

Bagaimanakah log masuk dan semak status penerima syukur sabah fasa 2? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN DALAM MYKAD 200 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

OBJEKTIF PROGRAM BANTUAN SYUKUR SABAH

Tujuan utama perlaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:

  • Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
  • Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar;
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah selaras dengan agenda nasional; DAN
  • Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SYUKUR SABAH 2025

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
  • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

JUMLAH BANTUAN SYUKUR SABAH DI BAYAR

Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:

FASAJUMLAH PEMBAYARAN
Fasa 2RM900

TARIKH BILA BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 2 DI BAYAR

Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:

  • Fasa 1 (Januari – Mac 2025): Pembayaran bermula 19 Februari 2025 (Rabu)
  • Fasa 2 (April – Jun 2025): Pembayaran bermula April 2025
  • Fasa 3 (Julai – September 2025): Pembayaran bermula September 2025
  • Fasa 4 (Oktober – Disember 2025): Pembayaran bermula Oktober 2025

PANDUAN SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SYUKUR SABAH

Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Online untuk Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 di https://sukur.sabah.gov.my/
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan dan klik [Teruskan] pada pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan untuk semakan.
  4. Kemudian, klik (Semak).
  5. ⁠Status Kelayakan Penerima Bantuan akan di paparkan di sini ‘Lulus’ atau ‘Tidak’.

MEDIUM BANTUAN SYUKUR SABAH RM 900 DI BAYAR

Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan seperti berikut:

  • Penerima yang Mempunyai Bank Akaun:
    Pengkreditan terus ke akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan;
  • Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’:
    Bantuan akan diberikan secara tunai; atau
  • Mempunyai akaun e-Wallet YONO Superapp:
    Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO Superapp penerima.

RUJUKAN

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/home/faq

Leave a Comment