SEMAKAN STATUS SARA 2025 : KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Sumbangan Asas Rahmah atau ringkasnya Bantuan SARA adalah merupakan bantuan tambahan tanpa tunai yang disalurkan bagi membantu menampung perbelanjaan barangan keperluan asas setiap bulan sepanjang tahun ini.
Bagaimanakah semakan status SARA? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BILAKAH MASUK SYUKUR SABAH FASA 2 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN RM900
JUMLAH BAYARAN SARA 2025
Setiap penerima akan menerima bayaran Bantuan SARA adalah sebanyak berikut :
JUMLAH BAYARAN SARA PENERIMA DAFTAR E-KASIH | JUMLAH BAYARAN SARA PENERIMA BUKAN E-KASIH |
---|---|
Isi Rumah : RM2,100 setahun (RM100/RM200 sebulan) | Isi Rumah : RM900 setahun (RM100 sebulan) |
Warga Emas : RM1,650 setahun (RM100/RM150 sebulan) | Warga Emas : RM450 setahun (RM50 sebulan) |
Bujang : RM600 setahun (RM50 sebulan) | Bujang : – |
TARIKH BAYARAN SARA 2025
Pembayaran Bantuan SARA adalah setiap bulan pada tarikh berikut :
- 15/01/2025 (Rabu)
- 01/02/2025 (Sabtu)
- 01/03/2025 (Sabtu)
- 01/04/2025 (Selasa)
- 01/05/2025 (Khamis)
- 01/06/2025 (Ahad)
- 01/07/2025 (Selasa)
- 01/08/2025 (Jumaat)
- 01/09/2025 (Isnin)
- 01/10/2025 (Rabu)
- 01/11/2025 (Sabtu)
- 01/12/2025 (Isnin)
STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA 2025
Terdapat dua (2) kelayakan penerima SARA pada tahun 2025, iaitu :
- SARA e-Kasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
- Isi Rumah;
- Bujang; dan
- Warga Emas Tiada Pasangan;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- SARA Bukan e-Kasih :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
- Isi Rumah; dan
- Warga Emas Tiada Pasangan.
SEMAKAN STATUS SARA 2025
Ikuti panduan semakan status Bantuan SARA seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Bantuan SARA.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.