CEK STATUS MYKASIH ONLINE 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM2100 / RM900 / RM600)
Lanjutan Program Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah MyKasih masih diteruskan pada tahun ini yang menyasarkan kepada lebih 5.4 juta penerima yang sedia ada dan termasuk penerima baharu.
Bagaimanakah cek status MyKasih secara online? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : BILA MASUK SYUKUR SABAH FASA 2 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN RM900
TEMPOH PELAKSANAAN MYKASIH 2025
Pelaksanaan bayaran Bantuan MyKasih pada tahun 2025 masih belum selesai kerana kerajaan telah menetapkan tempoh pelaksanaan adalah selama 9 bulan hingga ke 12 bulan seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TEMPOH PELAKSANAAN BAYARAN |
---|---|
Penerima Sedia Ada (Miskin & Miskin Tegar) | Selama 12 bulan (Januari sehingga Disember) |
Penerima Baharu (Asas Bukan Miskin) | Selama 9 bulan (April sehingga Disember) |
MEDIUM BAYARAN MYKASIH 2025
Penyelarasan medium bayaran Bantuan MyKasih kepada semua penerima di setiap negeri adalah seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | MEDIUM BAYARAN MYKASIH |
---|---|
Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | Dibayar secara ansur setiap bulan melalui pengkreditan terus ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas |
KADAR BAYARAN MYKASIH 2025
Kadar pembayaran Bantuan MyKasih adalah berbeza bagi setiap penerima seperti berikut :
- Penerima Sedia Ada :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN MYKASIH |
---|---|
ISI RUMAH | RM2,100 setahun (RM100/RM200 sebulan) |
WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM1,650 setahun (RM100/RM150 sebulan) |
BUJANG | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
- Penerima Baharu :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN MYKASIH |
---|---|
ISI RUMAH | RM900 setahun (RM100 sebulan) |
WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM450 setahun (RM50 sebulan) |
CEK STATUS MYKASIH ONLINE 2025
Untuk mengetahui status kelayakan sama ada layak atau tidak terima bayaran MyKasih, ikuti cara cek status seperti berikut :
- Laman web rasmi MyKasih : https://mykasih.com.my.
- Sila layari laman web rasmi MyKasih pada pautan di atas.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
CEK BAKI MYKASIH ONLINE 2025
Baki Bantuan MyKasih yang ada dalam MyKad boleh dicek secara online seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih di Apple Apps Store / Google Play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Berapa kali cuba bolah kata ic saya xwujud