TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA RM900
Bilangan rakyat miskin dan miskin tegar di Sabah adalah ditahap tertinggi seluruh Malaysia. Seiring dengan itu, pelbagai usaha kerajaan dalam membantu rakyat termasuk dengan pemberian Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) secara ansur berfasa sekaligus.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak terima SYUKUR Sabah dan bilakah tarikh bayaran? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN SYUKUR SABAH : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA FASA 2 (RM900)
MEDIUM BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025
Terdapat tiga (3) medium bayaran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) Fasa 2, iaitu :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima;
- Diberikan secara tunai kepada penerima tiada akaun;
- Dikreditkan ke dalam aplikasi e-Wallet YONO Superapp.
TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025
Pembayaran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) bagi fasa kedua (2) adalah tarikh berikut :
TARIKH BAYARAN FASA 2 | MEDIUM BAYARAN |
---|---|
April 2025 | Pengkreditan dalam akaun bank penerima |
April – Mei 2025 (Berperingkat) | Pemberian secara tunai |
Mei 2025 | Penerima baharu (Bukan senarai e-Kasih) |
AMAUN BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025
Bayaran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) adalah merangkumi tiga (3) bulan keseluruhan yang mana setiap bulan adalah sebanyak RM300 dan dibayar sekaligus pada fasa kedua (2) sebanyak RM900 bagi setiap penerima yang layak.
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025
Untuk mengetahui status anda layak atau tidak terima bayaran SYUKUR Sabah Fasa dua (2), ikuti panduan semakan status di pautan di bawah :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) | https://syukur.sabah.gov.my |
- Layari pautan Portal Rasmi Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) di atas.
- Halaman utama laman web rasmi SYUKUR akan dipaparkan.
- Klik butang [Teruskan] pada pemakluman terkini.
- Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad*) anda pada ruangan yang disedikan.
- Kemudian, klik butang [Semak] di bawah.
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
- Talian WhatsApp : 010-582 8207
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/auth.