EKASIH 2025 ONLINE : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program atau bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan bantuan yang diterima.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima e-Kasih secara online? Ikuti panduan dan info terbaru di bawah.
BACA JUGA : BARANG MYKASIH : SENARAI BARANGAN BOLEH BELI & CARA GUNA
PENGENALAN EKASIH 2025
eKasih bukanlah program, tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar.
Data eKasih digunakan oleh kementerian/agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan termasuk Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan setiap bulan bagi sepanjang tahun ini.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA EKASIH 2025 ONLINE
Ketahui status anda tersenarai atau tidak dalam pangkalan data e-Kasih seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
Kemudian, ketahui status anda layak atau tidak terima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
KADAR BANTUAN EKASIH 2025
Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan mengikut status penerima berdaftar dengan e-Kasih atau bukan, seperti berikut :
- Penerima Daftar e-Kasih :
KELAYAKAN KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN DISALURKAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM2,100 setahun |
WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM1,650 setahun |
BUJANG | RM600 setahun |
- Penerima Bukan e-Kasih :
KELAYAKAN KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN DISALURKAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM900 setahun |
WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM450 setahun |
BUJANG | Tiada |
JADUAL PENYALURAN EKASIH 2025
Penyaluran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima adalah secara ansur setiap bulan mengikut jadual berikut :
TARIKH PENYALURAN BANTUAN | PENERIMA DAFTAR E-KASIH | PENERIMA BUKAN E-KASIH |
---|---|---|
Sesi 1 : 15 Januari 2025 sehingga 1 Mac 2025 | Isi Rumah : RM100 sebulan Warga Emas : RM100 sebulan Bujang : RM50 sebulan | – |
Sesi 2 : 1 April 2025 sehingga 1 Disember 2025 | Isi Rumah : RM200 sebulan Warga Emas : RM150 sebulan Bujang : RM50 sebulan | Isi Rumah : RM100 sebulan Warga Emas : RM50 sebulan Bujang : Tiada |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan e-Kasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan e-Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.