SEMAK MYKASIH SARA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Secara lansungnya sumbangan bantuan tambahan MyKasih (SARA) yang disalurkan oleh Kerajaan MADANI setiap bulan dapat membantu meringankan bebanan rakyat dalam memenuhi barangan keperluan asas seperti bahan makanan, barangan kebersihan, kesihatan serta pendidikan anak.
Bagaimanakah semak MyKasih SARA untuk mengetahui status layak atau tidak? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYKASIH : SEMAKAN STATUS ONLINE
CARA SUMBANGAN MYKASIH SARA 2025
Sumbangan MyKasih SARA telah diselaraskan kepada semua penerima di seluruh Malaysia melalui cara berikut :
NEGERI PENERIMA | CARA SUMBANGAN MYKASIH SARA |
---|---|
Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Labuan | Disumbangkan setiap bulan secara automatik ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima khas digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) |
TARIKH SUMBANGAN MYKASIH SARA 2025
Bantuan MyKasih SARA disumbangkan kepada penerima melalui dua (2) sesi, seperti berikut :
PELAKSANAAN SESI | TARIKH SUMBANGAN |
---|---|
Sesi Pertama (1) | 15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) |
Sesi Kedua (2) | 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
SEMAK MYKASIH SARA 2025
Semakan status kelayakan penerima MyKasih SARA boleh dilakukan melalui Portal Rasmi MyKasih mengikut panduan berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH SUMBANGAN MYKASIH SARA 2025
Bantuan MyKasih SARA yang disumbangkan setiap bulan adalah bergantung kepada kelayakan setiap kategori penerima seperti berikut :
JUMLAH SUMBANGAN PENERIMA SEDIA ADA (SESI 1 & 2) | JUMLAH SUMBANGAN PENERIMA BAHARU (SESI 2) |
---|---|
Isi Rumah : RM100 sebulan (Sesi 1) dan RM200 sebulan (Sesi 2) | Isi Rumah : RM100 sebulan (Sesi 2) |
Warga Emas : RM100 sebulan (Sesi 1) dan RM150 sebulan (Sesi 2) | Warga Emas : RM50 sebulan (Sesi 2) |
Bujang : RM50 sebulan (Sesi 1 dan 2) | Bujang : – |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.