CARA SEMAK STATUS SARA 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan dan ditambah baik, membolehkan hampir 9 juta rakyat Malaysia layak menerima bantuan ini untuk meringankan kos sara hidup serta meningkatkan taraf ekonomi penerima, selaras dengan prinsip kesaksamaan Ekonomi MADANI.
Bagaimanakah cara semak status sara 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN MY KASIH 2026 : CHECK STATUS BANTUAN SARA
SYARAT KELAYAKAN SARA
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
SEMAK CARA PENYALURAN SARA
Penyaluran bantuan SARA 2026 seperti berikut:
| NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN |
|---|---|
| Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Penyaluran bantuan adalah secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima, membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad. |
SEMAK AMAUN BAYARAN SARA
Kadar kelayakan Bantuan SARA 2026, seperti berikut :
- Penerima SARA eKasih :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | AMAUN BULANAN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 | RM200/bulan (bermula Januari – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,800 | RM150/bulan (bermula Januari – Disember) |
| Bujang | RM1,200 | RM100/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Penerima SARA BUKAN eKasih :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | AMAUN BULANAN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM1,200 | RM100/bulan (bermula Januari – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 | RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
| Bujang | RM600 | RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
CARA SEMAK STATUS SARA
Status Bantuan SARA boleh di semak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal SARA; dan
- Portal MySTR
Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Status kelayakan SARA akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak.
- Selesai.
Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Klik Status Kelayakan SARA.
- Status kelayakan SARA akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak.
- Selesai.
SENARAI BARANG ASAS SARA
Senarai barang keperluan asas yang diluluskan di bawah Program SARA :
- Beras – Jasmine, Jati, Faiza, Cap Rambutan, Super5
- Roti – Gardenia, Massimo, Mighty White
- Telur – CP, NutriPlus, QL Eggs
- Minyak Masak – Saji, Alif, Buruh, Vesawit, Seri Murni
- Tepung – Cap Sauh, Cap Lili, Blue Key, Cap Ros
- Biskut – Munchy’s, Julie’s, Tiger, Chipsmore, Hup Seng
- Mi Segera – Maggi, Indomie, Cintan, Mamee, Mi Sedaap
- Minuman – Milo, Dutch Lady, BOH, Nescafe, Horlicks, Marigold
- Makanan Dalam Tin – Ayam Brand, TC Boy, Kimball, Yeo’s, Adabi
- Bahan Perasa – Maggi, Jalen, Kimball, Tamin, Faiza
- Produk Kebersihan Diri – Colgate, Dettol, Kotex
- Ubat-Ubatan (OTC) – Panadol, Hurix’s, Strepsils, Difflam, Sterimar
- Barangan Persekolahan – Faber-Castell, Staedtler, Stabilo, Bata
- Barangan Kebersihan Rumah (Ditambah 2025) – Breeze, Daia, Dettol pencuci, sabun pencuci lantai
- Makanan Sejuk Beku (Lokal) (Ditambah 2026) – Ayam beku, nugget, sayur beku, makanan laut beku
CARA PEMBELIAN BARANGAN SARA
Pembelian barangan keperluan asas SARA di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 15 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan. - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Bayar barangan yang telah dipilih dengan MyKad yang diberikan kepada juruwang setelah pengesahan disahkan. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
CARA SEMAK BAKI SARA
Baki duit Bantuan SARA Dalam MyKad boleh dilakukan melalui tiga (3) kaedah seperti berikut:
- Resit Pembelian Barangan SARA;
- Portal Rasmi SARA;
- Aplikasi MyKasih;
- Di Kaunter Pembayaran Kedai Berdaftar.
CARA SEMAK BAKI SARA ONLINE
Panduan lengkap cara semak baki SARA dalam MyKad online :
- Sila pergi ke Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) : | 100.00 (mengikut kegunaan penerima) |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026
Bantuan my kasih
Saya hendak tahu adakah saya mendapat ataupon tidak bantuan sara