DAFTAR MYKASIH RM100 2025 (REGISTER ONLINE BANTUAN SARA)
Untuk makluman anda, bantuan bulanan tanpa tunai RM100 MYKASIH SARA disalurkan kedalam MyKad penerima untuk kegunaan pembelian barang keperluan asas seperti makanan dan barangan runcit di kedai yang berdaftar dengan MyKasih.
Bantuan ini tidak boleh ditunaikan sebagai wang tunai, dan hanya digunakan secara elektronik melalui MyKad untuk membuat pembelian. Golongan berdaftar eKasih dan penerima bantuan STR 2025 sahaja akan layak menerima bantuan ini.
Bagaimanakah cara daftar mykasih rm100 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SKAS SARAWAK APPLICATION FORM (ONLINE 2025 REGISTER BANTUAN)
PENGENALAN BANTUAN MYKASIH SARA 2025
Kerajaan kini telah memperluaskan kelayakan penerima SARA/MyKasih, kesemua penerima STR yang turut layak menerima bantuan ini pada tahun 2025. Berbeza dengan sebelum ini bantuan ini hanya terhad kepada golongan Miskin/Miskin Tegar eKasih sahaja.
Pihak Kerajaan juga telah meluaskan rangkaian rakan runcit (pasar raya/kedai), untuk penerima bantuan berbelanja di lebih banyak kedai yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka dan menikmati pelbagai pilihan barangan keperluan asas, termasuk produk segar dan jenama yang berbeza.
SYARAT KELAYAKAN DAFTAR MYKASIH 2025
Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
DAFTAR MYKASIH RM100 2025
Bantuan SARA/Mykasih ini perlulah terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan berstatus Miskin Tegar eKasih. Hal ini bermaksud pemohon mestilah mendaftar dan berstatus lulus eKasih dan MySTR.
Pendaftaran eKasih adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx - Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih, akan dipaparkan.
- Sila baca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; atau
- Hubungi PPN berhampiran anda di talian.
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan secara online di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx - Selesai.
Permohonan STR 2025 adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
SEMAKAN STATUS DAFTAR DAN KEMASUKAN BAYARAN
Status bantuan SARA/MyKasih boleh disemak seperti kaedah berikut:
- Semakan di Portal rasmi STR
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Semakan di Portal rasmi MyKasih/Aplikasi MyKasih
https://www.mykasih.com.my
JUMLAH BANTUAN MYKASIH SARA 2025
Kadar bantuan yang akan disalurkan kedalam Mykad penerima adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR Ekasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 ) |
---|---|---|
Isi rumah | RM 1200 (sebulan RM 100) | RM 900 (RM 100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 1200 (sebulan RM 100) | RM 450 (RM 50 sebulan) |
Bujang | RM 600 (sebulan RM 50) | – |
TARIKH PENGKREDITKAN BANTUAN MYKASIH RM100/RM50 2025
- Bagi kategori penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih, bayaran akan diagihkan bermula Januari 2025, secara berperingkat.
- Manakala penerima BUKAN Miskin dan Miskin Tegar, bayaran bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025.
Catatan : Pembayaran akan dikreditkan kedalam MyKad penerima. Pembayaran ini membenarkan penerima membuat pembelian tanpa tunai melalui MyKad untuk membuat pembelian seperti makanan, minuman, ubatan, barang persekolahan dan kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]