TARIKH MELIHAT ANAK BULAN SYAWAL 2025

TARIKH MELIHAT ANAK BULAN SYAWAL 2025

Cerapan Hilal (Anak Bulan) untuk Bulan Syawal akan dilaksanakan oleh Mufti Negeri bagi menentukan Awal Bulan Syawal 1446H mengikut kaedah Imkanur Rukyah dan akan dijalankan di lokasi yang telah ditetapkan.

Bilakah tarikh melihat anak bulan syawal 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH TERBARU 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU BULAN SYAWAL 2025

Syawal menandakan permulaan bulan perayaan selepas berakhirnya Ramadan di mana Hari Raya Aidilfitri/ Hari Raya Fitrah atau dikenali sebagai Hari Raya Puasa disambut pada 1 Syawal sebagai tanda kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa serta beribadah dengan penuh ketekunan.

TARIKH MELIHAT ANAK BULAN SYAWAL 2025

Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi tahun 2025 telah ditetapkan seperti berikut:

TARIKH HIJRITARIKH MILADI
29 Ramadan 1446 H30 Mac 2025 (Ahad)
petang

*Pengisytiharan tarikh Hari Raya Puasa akan diumumkan pada malam berkenaan.

Pada tarikh tersebut, cerapan hilal (anak bulan) akan dilakukan di lokasi yang ditetapkan, diketuai oleh SS Mufti Negeri bersama jawatankuasanya bagi menentukan awal bulan Syawal.

Sama ada Hilal (anak bulan) dapat dilihat secara jelas atau tidak, ia akan dianggap kelihatan dari segi hisab jika memenuhi Kriteria Imkanur Rukyah (Penentu Awal Bulan Hijri – Mengikut Kalendar Islam).

Tarikh bagi permulaan Puasa (Ramadan) dan Hari Raya Aidilfitri (Syawal) akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja melalui media massa seperti RTM TV1 setelah menerima laporan mengenai hasil aktiviti cerapan dari seluruh negara.

KRITERIA MELIHAT ANAK BULAN – IMKANUR RUKYAH (KIR)

Kriteria Imkanur Rukyah (KIR) bagi penentuan Awal Bulan Hijri (permulaan bulan dalam kalendar Islam) di Malaysia seperti berikut:

  • Ketika matahari terbenam
  • Ketinggian hilal di atas ufuk (horizon) tidak kurang dari 3°
  • Jarak lengkung (hilal dan matahari) tidak kurang dari 6.4°

Kaedah Imkanur Rukyah merupukan kaedah yang menggabungkan rukyah (pemerhatian) dan hisab (pengiraan astronomi). Jika memenuhi Kriteria Imkanur Rukyah (KIR), maka permulaan bulan baharu mengikut kalendar Islam dapat ditentukan.

TARIKH JANGKAAN ANAK BULAN SYAWAL (HARI RAYA AIDILFITRI 2025)

Jangkaan Hari Raya Aidilfitri tahun 2025 adalah seperti berikut:

TARIKH HIJRITARIKH MILADIHARI PERAYAAN /
KEBESARAN ISLAM
1 Ramadan 1446 H2 Mac 2025 (Ahad)Awal Ramadan / Berpuasa
17 Ramadhan 1446 H18 Mac 2025Nuzul Al-Quran
1 Syawal 1446 H31 Mac 2025 (Isnin)Hari Raya Puasa / Aidilfitri

TARIKH CUTI BULAN SYAWAL (HARI RAYA AIDILFITRI 2025)

Cuti umum Hari Raya Puasa 2025 adalah seperti berikut:

TARIKHCUTI PERAYAANNEGERI
31 Mac 2025 (Isnin)Hari Raya Puasa /
Aidilfitri Pertama
Semua Negeri
1 April 2025 (Selasa)Hari Raya Ke – 2Semua Negeri

RUJUKAN

Untuk bacaan lanjut mengenai Tarikh Syawal anda boleh rujuk sumber dibawah:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.islam.gov.my/ms/

Leave a Comment