SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH TERBARU 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Hasil penyasaran subsidi, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 bagi Kategori Isi Rumah (B40) eKasih diperkasa dengan peningkatan kadar peruntukan lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.
Bagaimanakah semakan sumbangan asas rahmah terbaru 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN ASAS SARA 2025 SEMAKAN STATUS : LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
SEMAKAN PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH TERBARU 2025
Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
CARA PENYALURAN DUIT SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Pengkreditan bantuan adalah secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
KATEGORI BARANGAN KEPERLUAN ASAS
Berikut merupakan makanan asas yang diluluskan pembayaran menggunakan MyKad:
KATEGORI BARANGAN | CONTOH BARANGAN |
---|---|
Ubat-ubatan | Panadol / Ubat batuk dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM |
Barangan Persekolahan | Alat Tulis |
Produk Kebersihan | Sabun Mandian / Ubat Gigi dan sebagainya |
Makanan Asas | Beras / Roti / Telur / Minyak masak/ Tepung dan banyak lagi |
SEMAKAN JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Jumlah bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR 2025 Berstatus Miskin/Miskin Tegar Ekasih
KATEGORI PENERIMA STR 2025 (BERSTATUS MISKIN/MISKIN TEGAR EKASIH) | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM 2,100 RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 1,650 RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | RM 600 RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA STR 2025 (BUKAN EKASIH) | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM 900 RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 450 RM50/bulan (bermula April – Disember) |
CARA PEMBELIAN BARANGAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih barangan keperluan yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
SEMAKAN BAKI DUIT SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Baki duit Bantuan Dalam MyKad boleh dilakukan melalui tiga (3) kaedah seperti berikut:
- Aplikasi Touch ‘n Go eWallet; atau
- Mesin Kiosk Touch ‘n Go; atau
- Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara
Bagaimana nak check lulus atau tidak