BANTUAN MYKASIH DALAM IC 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM100 & RM200 SETIAP BULAN)

BANTUAN MYKASIH DALAM IC 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM100 & RM200 SETIAP BULAN)

Kad Pengenalan Diri (IC) rakyat Malaysia dicipta khas mempunyai cip yang membolehkan ianya berfungsi bagi kegunaan Touch n’ Go dan boleh juga digunakan untuk menerima bantuan khas daripada kerajaan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah Program MyKasih.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan MyKasih Dalam IC? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN MYKASIH SARA : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

TARIKH KREDIT BANTUAN MYKASIH DALAM IC 2025

Pengkreditan Bantuan MyKasih Dalam IC penerima adalah secara ansur setiap bulan mengikut tarikh seperti berikut :

  • 15/01/2025 (Rabu)
  • 01/02/2025 (Sabtu)
  • 01/03/2025 (Sabtu)
  • 01/04/2025 (Selasa)
  • 01/05/2025 (Khamis)
  • 01/06/2025 (Ahad)
  • 01/07/2025 (Selasa)
  • 01/08/2025 (Jumaat)
  • 01/09/2025 (Isnin)
  • 01/10/2025 (Rabu)
  • 01/11/2025 (Sabtu)
  • 01/12/2025 (Isnin)

JUMLAH BANTUAN MYKASIH DALAM IC 2025

Berikut merupakan jumlah Bantuan Dalam IC yang dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak :

KATEGORI KELAYAKAN
PENERIMA
BANTUAN DALAM IC
JANUARI – MAC 2025
BANTUAN DALAM IC
APRIL – DISEMBER 2025
Isi Rumah
(Miskin & Miskin Tegar)
RM100 sebulanRM200 sebulan
Warga Emas
(Miskin & Miskin Tegar)
RM100 sebulanRM150 sebulan
Bujang (Miskin & Miskin Tegar)RM50 sebulanRM50 sebulan
Isi Rumah
(Asas Bukan Miskin)
RM100 sebulan
Warga Emas
(Asas Bukan Miskin)
RM50 sebulan
Bujang (Asas Bukan Miskin)

SENARAI BARANGAN BOLEH DIBELI DENGAN BANTUAN DALAM IC 2025

Antara barangan yang boleh dibdeli dengan menggunakan Bantuan Dalam IC, adalah :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

*Rujuk label “MyKasih” pada rak tanda harga di premis-premis terpilih yang menerima bayaran menggunakan IC.

PREMIS MENERIMA BAYARAN BANTUAN DALAM IC 2025

Penerima yang disahkan layak boleh menggunakan Bantuan Dalam IC di mana-mana 1,200 rakan runcit di seluruh negara termasuk :

  • Mydin;
  • Giant;
  • Econsave;
  • The Store;
  • Pacific;
  • Milimewa;
  • 99 Speedmart;
  • Lotus Stores (Tesco);
  • Lulu Supermarket; serta
  • Pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.

PANDUAN SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH DALAM IC 2025

Ikuti panduan semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih Dalam IC seperti berikut :

  • Semakan Status Kelayakan Di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
    4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
    5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
    6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
    7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
    8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
    10. Selesai.
  • Semakan Status Kelayakan Di Aplikasi MyKasih :
    1. Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
    2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
    3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
    4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
    5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
    6. Klik pada butang [Next] di bawah.
    7. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
    8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih (SARA), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment