SEMAKAN STATUS SARA ONE OFF 2026
Isu kos sara hidup yang mencabar menjadikan semakan status SARA antara topik paling hangat dicari rakyat Malaysia pada tahun 2026. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah bantuan tanpa tunai (cashless) yang dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima untuk pembelian barangan keperluan asas di pasar raya terpilih. Bagi tahun 2026, agihan bantuan adalah berdasarkan kategori berikut:
- Penerima STR (eKasih): Bantuan RM100 – RM200 sebulan (Januari – Disember 2026).
- Penerima STR (Bukan eKasih): Tambahan SARA RM50 – RM100 sebulan mengikut kelayakan.
Penyaluran SARA Bulanan bermula 9 Januari 2026, manakala bantuan SARA Untuk Semua disalurkan pada 9 Februari 2026. Lonjakan carian “semakan status SARA” berlaku kerana ramai ingin mengesahkan status kelayakan serta memastikan baki kredit telah dimasukkan secara rasmi. Bagi mengelakkan kekeliruan atau pautan palsu, pastikan anda hanya menggunakan saluran berautoriti seperti Portal Rasmi SARA, Portal STR (LHDNM), dan sistem MyKasih.
Bagaimanakah semakan status SARA 2026 dengan tepat dan selamat? Sila ikuti langkah mudah di bawah.
Baca juga: CARA CHECK SARA : BANTUAN BULANAN & ONE-OFF 2026
APA ITU SARA ONE-OFF
SARA one-off merujuk kepada bayaran sekali sahaja di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima sebagai bantuan tunai tanpa tunai (cashless) untuk membeli barangan keperluan asas. Ia berbeza daripada bayaran SARA bulanan, yang merupakan kredit bulanan berterusan kepada penerima yang layak. Ia merupakan inisiatif lanjutan daripada program yang diperkenalkan pada 2025, di mana majoriti rakyat Malaysia dewasa juga menerima bayaran one-off RM100 sebagai sebahagian daripada program SARA untuk Semua.
- Definisi:
- Bayaran one-off ialah bantuan tunai sekali bayar sebanyak RM100 di bawah program SARA yang diberikan kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengambil kira pendapatan.
- Tujuan:
- Ia bertujuan memberi ringanan kos sara hidup dan sokongan kewangan awal, terutamanya menjelang musim perayaan seperti Persiapan Ramadan dan Tahun Baru Cina.
- Kaedah Penggunaan:
- Kredit ini hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas yang tersenarai dalam kategori yang dibenarkan di kedai/ pasar raya yang mengambil bahagian dengan pengimbasan MyKad penerima semasa pembelian.
PERBEZAAN ANTARA SARA ONE-OFF DAN BULANAN
Bagi memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai inisiatif SARA One-Off, berikut adalah perbandingan serta perbezaan utamanya dengan bantuan SARA Bulanan:
| Ciri | SARA One-Off | SARA Bulanan |
|---|---|---|
| Kekerapan | Sekali bayar sahaja | Setiap bulan (untuk tempoh tertentu) |
| Kelayakan | Semua warganegara Malaysia ≥ 18 tahun | Penerima STR yang layak (bergantung kepada kategori eKasih/STR) |
| Jumlah bantuan | RM100 | RM50 – RM200 sebulan |
| Tujuan | Bantuan umum sambutan/event tertentu | Bantuan berterusan untuk kos kehidupan |
CARA PERMOHONAN SARA ONE-OFF 2026
Bantuan SARA One-off disalurkan secara automatik tanpa memerlukan sebarang proses permohonan. Inisiatif ini dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang memenuhi syarat kelayakan, tanpa mengambil kira latar belakang pendapatan atau status ekonomi.
SYARAT KELAYAKAN SARA ONE-OFF 2026
Kriteria kelayakan bagi menerima bantuan SARA One-Off adalah amat ringkas, di mana pihak Kerajaan hanya menetapkan satu syarat utama iaitu:
- Rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas layak secara automatik. Ini juga termasuk bagi penerima SARA yang sedia ada.
SEMAKAN STATUS SARA ONE-OFF 2026
Berikut merupakan panduan lengkap mengenai tatacara semakan status SARA One-Off 2026 untuk rujukan anda:
- Sila pergi ke Portal Rasmi SARA: https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama SARA untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah ONE-OFF.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : SARA ONE-OFF
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula (SARA ONE-OFF) : Pertengahan Februari 2026
- Tarikh Program Berakhir (Tarikh Luput Kredit) : Disember 2026
- Baki (RM) : 100.00 (mengikut kelayakan penerima)
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
SEMAKAN JUMLAH BANTUAN SARA ONE-OFF 2026
Perincian mengenai kadar bayaran bantuan SARA One-Off bagi tahun 2026 telah ditetapkan mengikut jumlah peruntukan seperti yang berikut:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas | RM100 |
SEMAKAN TARIKH KEMASUKAN BAYARAN SARA ONE-OFF 2026
Berikut merupakan perincian mengenai tarikh bayaran SARA One-Off 2026 yang dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak bagi memudahkan urusan perolehan barangan asas anda:
| JENIS SARA | TARIKH KEMASUKAN |
|---|---|
| SARA One-Off | 9 Februari 2026 |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di dalam artikel ini adalah dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi SARA bagi menjamin kesahihan data. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan atau menghadapi sebarang isu teknikal berkaitan bantuan ini, sila hubungi pihak berwajib melalui saluran rasmi berikut:
- Portal Rasmi SARA: https://sara.gov.my/; atau
- Talian Bantuan SARA Yayasan MyKasih: 03-7720 1800 (Waktu Operasi: 8.30 pagi – 5.30 petang, Isnin – Jumaat);
- E-Mel: [email protected].
Saya ingin membuat semakan atas nama mohd hairul hairizan …dan saya ingin tahu adakah saya layak memohon.
Tk dapat
Saya tak dapat bagaimana
Ada saya dapat..
MCN mne ye
Haritu Chek dh lulus rm300, tp hari ni Chek blk dlm proses semakan pula, cmna bleh jd cmni?
line STR tgh pening tu kelayakan kpd semua yg dapat STR