DAFTAR EKASIH (PENDAFTARAN BANTUAN 2025 ONLINE)
Untuk makluman anda, eKasih merupakan pangkalan data yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar. Data eKasih ini akan digunakan oleh kementerian atau agensi untuk memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.
Bagi golongan yang berpendapatan rendah dan memenuhi syarat kelayakan hendaklah membuat pendaftaran eKasih, bagi memudahkan pihak kerajaan memberikan bantuan kepada penerima yang layak, serta membantu meringankan beban kos sara hidup mereka yang memerlukan.
Bagaimanakah daftar ekasih 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: STR BUJANG 2025 : PERMOHONAN, SEMAKAN, KEMASKINI, LOGIN BANTUAN ONLINE
APA ITU EKASIH
Sistem eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.
Pendaftaran eKasih juga penting bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan bantuan seperti bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) / MyKasih seperti syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima bantuan iaitu terdiri daripada kumpulan miskin dan miskin tegar eKasih seperti yang tercatat dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
SYARAT KELAYAKAN DAFTAR EKASIH
Kategori kelayakan bagi pendaftaran eKasih seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
- Golongan yang tidak berada dalam kawasan perkampungan Orang Asli, kawasan FELDA dan kawasan estet/ladang yang mempunyai pentadbiran sendiri.
Catatan : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.
PENDAFTARAN EKASIH
Kaedah pendaftaran eKasih boleh dilakukan melalui dua cara seperti berikut:
- Hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) yang berdekatan untuk mendaftar permohonan, atau;
- Mendaftar melalui Pemimpin Tempatan/ Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)/ Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).
CARA DAFTAR EKASIH
Panduan lengkap Pendaftaran eKasih adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx - Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih.
- Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
- Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian.
- Selesai.
TALIAN DAFTAR EKASIH
Berikut adalah talian yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran (mengikut negeri masing-masing) :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
SEMAKAN PENDAFTARAN EKASIH
Sekiranya telah mendaftar permohonan eKasih, pemohon boleh menyemak status secara online seperti berikut:
- Layari Portal Pembasmian Kemiskinan eKasih di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx. - Masukkan No. Kad Pengenalan.
- Kemudian, klik butang [Carian].
- Selesai.
STATUS PENDAFTARAN EKASIH
Empat status pendaftaran yang boleh dirujuk oleh pemohon seperti berikut:
- Disahkan – Telah dibanci
- Disemak – Dalam proses banci
- Ditolak – Tidak layak dibanci
- Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.
- Website: https://ekasih.icu.gov.my/
- Talian Bantuan Unit Penyelarasan Pelaksanaan: 03-8000 8000
Nak memohon e kasih
Saya nak mohon e kasih
Saya nak mohon ekasih
Saya nak tahun..saya layak tak…saya seorang (oku) physical selama 40 tahun..
Saya nak mohon ekasih
mengapa ID sy tiada dlm status my kasih
Saya nak memohon e kasih
aku pun takde ID dlm status eKasih
ekash
Yanak daftar baru
Daftar penerima ada tapi e kasih tak dapat nak buat macam Mana ni
Hello e kasih saya nk tanya
Kenape maklumat saya ade dalam senarai.. sedang saya tiada buat bantuan e kasih..
Saya nak minta bantuan ekasih
Saya penerima str, mengapa perlu mendaftar semula utk eKasih? Semua document telah pun diberikan semasa mendaftar str
Kita dah dafter Kat STR Dari mula sampai sekaran. Semua pun di maskini. Kenapa nak susahkan Kita. Kita bukan sekolah tinggi sangat dan hphone cangih pun tak pandai guna. Tak boleh semakan untok rakyat yang kurang pandai jawab soalan 2 yang tak faham. TQ
Nak daftar ekasih 2025
Nak daftar eKasih
Ekasih mcm mana?mohon
Saya penerima ekasih.
Tapi tahun 2025 tk dpt ape ape pun.
Check online kata ” rekod tidak dijumpai”.
Nk apply mcm mne.
Saya ibu tunggal
Saya penerima ekasih.
Tapi tahun 2025 tk dpt ape ape pun.
Check online kata ” rekod tidak dijumpai”.
Nk apply mcm mne.
Saya ibu tunggal
Nama ada dlm senarai tapi tak pernah dapat pun duit bantuan ekasih tu
nak daftar e-kasih
Saya Nak daftar ekasih
Saya Nak daftar ekasih
Sebelum ni sy tersenarai dalam e kasih. Tetapi untuk tahun 2025 tidak ada nama lg dalam senarai e kasih sedangkan saya ibu tunggal dan ada anak 2 yang perlu saya sara, kini telah tiada pendapatan dan dengan faktor usia sekarang agak sulit mencari pekerjaan dan tiada pendapatan tetap. Bagaimana untuk mengemaskini data terkini?
saya nak daftar ekasih
Bulan lalu Sya Chek E kasih wujud pulak….sekali ne Bulan 2 Sya Chek balik tidak wujud suda.Klu bole tolong kasi Wujud Balik ya.
Saya pun nak daftar ekasih
nak daftar ekasih
Pertama Sya cek telah wujud Sya cek lgi tidak wujud pening
Macam mana sy hendak memohon bantuan eKasih ni ??
Nak tanya, kenapa sebelum ni tahun 2024 nama saya masih tersenarai dalam status ekasih. Bila check 2025,terus tak layak. Boleh bagi sebab?
saya mahu mendaftar e kasih dan ingin memohon rumah kerana sy hanya menumpang dengan rumah ibu bapa sy berkeluarga dulu pernah memohon pendaftaran EKasih tapi tidak d luluskan
mohon daftarkan nama saya dalam sistem e kasih masreah binti tayan
Ekasih tlg bantu saya..dh MCM2 saya isi borang..
Alangkah baiknya kalau boleh daftar online sahaja..ke pejabat banyak betul dugaan..sudah LA jauh dari kampung..mau daftar pun payah betul..ambil saja LA data dari pangkalan data kan mudah
Saya nk daftar untuk mak ayah saya ..
Mak pesakit buah pinggang
Ayah strok separuh badan..MCM mn nk daftar
saya ingin bantuan anda untuk daftar Ekasih
Bagaimana nak apply e kasih dalam online .
Bayaran direct dalam akaun bank