CHECK BAYARAN BANTUAN SABAH 2026 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM600)
Dalam usaha membantu Rakyat Sabah yang kurang berkemampuan seperti golongan Miskin dan Miskin eKasih, Kerajaan Negeri Sabah menyediakan bantuan bulanan sebagai tanda keprihatinan terhadap rakyatnya serta untuk membantu meringankan beban kos sara hidup mereka.
Bagaimanakah check status penerima bayaran bantuan sabah 2026? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SYUKUR SABAH : SEMAKAN STATUS 2026 LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT (RM600)
PENGENALAN BANTUAN SABAH
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah merupakan inisiatif bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi meringankan beban kewangan Rakyat Sabah yang memerlukan bantuan terutamanya mereka daripada golongan B40 (Miskin dan Miskin Tegar eKasih) dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH
Kelayakan Bantuan Sabah 2026 mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas;
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun;
- Anak Kelahiran Sabah; atau
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah);
- Kadar Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
Syarat Tambahan :
- Menyediakan Bukti Kediaman seperti Bil Utiliti, Penyata Bank atau Surat Pengesahan Ketua Kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan;
- Penerima bukan terdiri daripada pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).
CHECK BAYARAN BANTUAN SABAH
Status kelayakan bayaran bantuan Sabah boleh di semak secara online :
- Layari Portal Rasmi PADANS Sabah : https://padans.sabah.gov.my/
- Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
- Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
- Anda akan dibawa ke halaman Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 di pautan https://syukur.sabah.gov.my/
- Klik pada butang [Teruskan].
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH
Bantuan Sabah akan dilaksanakan seperti berikut:
| FASA BAYARAN | JENIS PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|---|
| Fasa 1 | Mempunyai Akaun Bank | 11 Mac 2026 |
| Tidak Mempunyai Akaun Bank (Secara Tunai) | – | |
| Fasa 2 | Mempunyai Akaun Bank | 21 Mei 2026 |
| Tidak Mempunyai Akaun Bank (Secara Tunai) | 18 – 23 Jun 2026 | |
| Fasa 3 | Mempunyai Akaun Bank | Belum diumumkan |
| Tidak Mempunyai Akaun Bank (Secara Tunai) | Belum diumumkan | |
| Fasa 4 | Mempunyai Akaun Bank | Belum diumumkan |
| Tidak Mempunyai Akaun Bank (Secara Tunai) | Belum diumumkan |
JUMLAH BAYARAN BANTUAN SABAH
Kadar bantuan Syukur Sabah adalah seperti di bawah :
| FASA BANTUAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| Fasa 1 | RM600 |
| Fasa 2 | RM600 |
| Fasa 3 | RM600 |
| Fasa 4 | RM600 |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN SABAH
Bantuan Sabah akan disalurkan seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN |
|---|---|
| Penerima ada akaun bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima secara online bank-in |
| Penerima tiada akaun bank | Pemberian secara tunai di kaunter bank atau secara cek di cawangan pejabat daerah berdekatan |
INFO LANJUT
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Talian Bantuan : 088 338 338 atau 088 309 279
- Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/home/faq
sy keliru bila cek sekejap nama sy wujud sekejap tidak wujud mana satu yg betul n mau d ikut
Boleh semak status Bantuan Sabah di https://sukur.sabah.gov.my