WANG DALAM MYKAD 2026 : CHECK STATUS KELULUSAN PEMOHON YANG AKAN TERIMA BANTUAN SECARA BULANAN SEBANYAK RM200 ATAU RM100

WANG DALAM MYKAD 2026 : CHECK STATUS KELULUSAN PEMOHON YANG AKAN TERIMA BANTUAN SECARA BULANAN SEBANYAK RM200 ATAU RM100

Kerajaan bukanlah memasukkan wang dalam MyKad kerana MyKad tidak berfungsi untuk menyimpan dan pengeluaran wang. Namun, MyKad penerima digunakan untuk pengesahan sebagai penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk pembelian barang keperluan asas.

Bagaimanakah check status kelulusan penerima wang dalam MyKad? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN AWAL RAMADHAN 2026 : PEMBAYARAN AKAN DISALURKAN KEPADA YANG BERSTATUS LULUS

FUNGSI WANG DALAM MYKAD

Fungsi utama wang yang dikreditkan dalam MyKad adalah untuk digunakan khusus bagi pembelian barang-barang keperluan asas seperti senarai di bawah :

KATEGORI
KEGUNAAN
SENARAI
Bahan asas masakanBeras, telur, minyak masak, tepung,
mi segera, sardin, tuna, kicap,
sos cili, gula, garam, cukup rasa,
dan sebagainya.
Makanan sejuk bekuBurger, nuget, bebola daging,
ayam, daging, itik dan sebagainya
Makanan ringanRoti, biskut, bijirin dan sebagainya.
MinumanSusu tepung, susu tin (pekat & cair),
teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe
dan sebagainya.
Produk penjagaan diriUbat gigi, berus gigi, sabun mandian,
shampoo, tuala wanita dan sebagainya.
Keperluan asas bayiLampin pakai buang, susu tepung
(hanya jenama terpilih), sabun
cecair mandian bayi dan sebagainya.
Ubat-ubatanPanadol, ubat batuk dan sebagainya
yang diluluskan oleh KKM.
Barang sekolahAlat tulis, pakaian seragam sekolah,
kasut sekolah dan sebagainya.
Produk kebersihan rumahSabun pencuci lantai, sabun / serbuk
pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan
dan sebagainya.

JUMLAH PENGKREDITAN WANG DALAM MYKAD

Jumlah Bantuan Dalam MyKad dikreditkan mengikut kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH PENGKREDITAN
(BULANAN)
Miskin & Miskin TegarRM200 setiap bulan
Asas Bukan MiskinRM100 setiap bulan
  • Kategori Warga Emas :
KELAYAKAN WARGA EMASJUMLAH PENGKREDITAN
(BULANAN)
Miskin & Miskin TegarRM150 setiap bulan
Asas Bukan MiskinRM50 setiap bulan
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH PENGKREDITAN
(BULANAN)
Miskin & Miskin TegarRM100 setiap bulan
Asas Bukan MiskinRM50 setiap bulan

TARIKH PENGKREDITAN WANG DALAM MYKAD 2026

Pengkreditan wang Bantuan Dalam MyKad dilaksanakan mengikut tarikh-tarikh seperti berikut :

JENIS PENGKREDITANTARIKH DIKREDITKAN
Pengkreditan Bulanan9 & 16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
Pengkreditan Sekaligus
(One-Off)
9 Februari 2026

CHECK STATUS KELULUSAN BANTUAN DALAM MYKAD 2026

Status kelulusan penerima Bantuan Dalam MyKad boleh disemak mengikut panduan di bawah :

🔗 Pautan Check Status SARA MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.

  1. Klik pada pautan Check Status SARA MyKasih di atas.
  2. Bahagian ‘Check Status’ akan dipaparkan.
  3. Masukkan Nombor MyKad* pada ruang yang disediakan.
    • *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
      • Contoh : 950230112345.
  4. Klik [Verify you are human] sebagai pengesahan.
  5. Klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

**Contoh paparan status penerima yang layak :

Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)200.00

CARA GUNA WANG DALAM MYKAD 2026

Bantuan yang dikreditkan dalam MyKad tidak boleh dikeluarkan secara tunai. Namun, sebaliknya boleh digunakan mengikut cara seperti berikut :

LANGKAHCARA-CARA GUNA WANG DALAM MYKAD
1.Kunjungi kedai yang terpilih
https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list.
2.Pilih barang keperluan asas
yang ingin dibeli
berdasarkan label ‘SARA MyKasih’
3.Berikan MyKad kepada juruwang
untuk pengesahan penerima
4.Juruwang akan imbas setiap
barang yang dipilih
5.Bayaran disahkan guna MyKad
dan resit pembelian akan diberikan
untuk rujukan transaksi dan baki

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment