UPU POCKET 2025 : SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Bagi memudahkan lagi pelajar serta ibubapa dalam urusan semakan dan permohonan UPU, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) menyediakan aplikasi mudah alih iaitu UPUPocket yang boleh didapatkan secara percuma sahaja.
Bagaimanakah semakan status keputusan melalui UPU Pocket? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN KEPUTUSAN UPU : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
APA ITU UPU POCKET
UPUPocket adalah sebuah aplikasi mudah alih percuma yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) yang bertujuan untuk memudahkan pelajar dan ibubapa untuk menyemak senarai program yang ditawarkan berdasarkan kelayakan keputusan SPM dan sebagainya.
Aplikasi UPUPocket telah menyediakan pelbagai fungsi menarik termasuk e-Panduan, takwin penting, direktori dan kemudahan untuk membuat aduan atau maklumbalas. Melalui aplikasi ini juga, pelajar boleh mendapatkan informasi terkini tentang UPU.
FUNGSI UPU POCKET 2025
Antara fungsi-fungsi aplikasi UPUPocket adalah :
- Semakan Status :
- Pelajar / Ibubapa boleh menyemak status permohonan UPU, status kelayakan, keputusan permohonan dan keputusan rayuan.
- e-Panduan :
- Panduan untuk lepasan SPM, STPM / Setaraf, UPUSkills, carian program dan laluan kerjaya.
- Takwin :
- Kalendar dengan tarikh-tarikh penting berkaitan permohonan UPU yang perlu diambil maklum.
- Aduan :
- Sekiranya pelajar mempunyai sebarang aduan, boleh kemukakan dalam UPUPocket dan akan terus menerima maklumbalas daripada UPUPocket.
- Direktori :
- Direktori Universiti / kolej yang disenaraikan untuk memudahkan para pelajar menghubungi terus pihak Universiti / Kolej.
MUAT TURUN UPU POCKET
Pelajar atau Ibubapa boleh muat turun aplikasi UPUPocket dalam peranti mudah alih (telefon bimbit) melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android); atau
- App Store (Bagi pengguna iOS).
PANDUAN SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN UPU POCKET 2025
Berikut merupakan panduan semakan status keputusan permohonan kemasukan sesi akademik 2025 melalui aplikasi UPUPocket :
- Muat turun aplikasi UPUPocket dalam Google Play atau App Store.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Pilih menu [Semakan Keputusan Permohonan UPU].
- Bahagian semakan keputusan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Keputusan permohonan UPU akan dipaparkan.
- Selesai.
*Nota : Bagi calon yang layak menerima tawaran ke Universiti Awam (UA), diwajibkan untuk membuat pengesahan ‘Setuju Terima Tawaran’. Sekiranya calon tidak mengesahkan dalam tempoh masa yang ditetapkan, calon dianggap menolak tawaran.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan UPU, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- No. Tel : 03-8684 2363
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://upu.mohe.gov.my.