UPU POCKET 2025 : SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Sebuah aplikasi percuma iaitu ‘UPUPocket’ yang dibangunkan dan diselia oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk kemudahan permohonan dan semakan keputusan bagi para pelajar.
Bagaimanakah semakan status keputusan UPU Pocket? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : SEMAK KEPUTUSAN UPU : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
PENGENALAN UPU POCKET
Aplikasi UPUPocket telah diperkenalkan sejak 3 Februari 2018 bersempena dengan Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 (Jom Masuk U / IPTA) dan kini aplikasi UPUPocket telah dinaiktaraf kepada versi 2.0 dengan pelbagai fungsi yang lebih menarik untuk kemudahkan semua pelajar.
FUNGSI UPU POCKET 2025
Antara fungsi terbaru aplikasi UPUPocket adalah :
FUNGSI UPUPOCKET | KETERANGAN FUNGSI |
---|---|
Semakan Status | Semak Status Permohonan UPU, Status Kelayakan, Keputusan Permohonan dan Keputusan Rayuan |
e-Panduan | Panduan untuk lepasan SPM, SPTM / setaraf, UPUSkills, carian program dan laluan kerjaya |
Takwim | Kalendar dengan tarikh-tarikh penting berkaitan permohonan UPU secara dalam talian |
Aduan | Sebarang aduan atau maklumbalas terus daripada UPUPocket |
Direktori | Direktor universiti / kolej yang disenaraikan untuk memudahkan para pelajar menghubungi terus pihak universiti / kolej |
MUAT TURUN APLIKASI UPU POCKET 2025
Aplikasi UPUPocket boleh dimuat turun dalam peranti mudah alih (telefon bimbit) melalui :
- Google Play : Bagi pengguna Android; atau
- App Store : Bagi pengguna iOS.
SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN UPU POCKET 2025
Bagi yang ingin menyemak status keputusan Permohonan UPU bagi akademik sesi 2025/2026, ikuti panduan semakan seperti berikut :
- Muat turun aplikasi UPUPocket dalam Google Play atau App Store.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Pilih menu [Semakan Keputusan Permohonan UPU].
- Bahagian semakan keputusan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Keputusan permohonan UPU sesi akademik 2025/2026 akan dipaparkan.
- Selesai.
*Nota : Bagi calon yang layak menerima tawaran ke Universiti Awam (UA), diwajibkan untuk membuat pengesahan ‘Setuju Terima Tawaran’. Sekiranya calon tidak mengesahkan, calon dianggap menolak tawaran.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan UPU, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- No. Tel : 03-8684 2363
- e-Mel :[email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://upu.mohe.gov.my.