UNTUK SIAPA KAD PEKERJA MADANI 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN
Kerajaan memperkenalkan inisiatif baharu sempena sambutan hari pekerja iaitu Kad Pekerja MADANI kepada ahli kesatuan sekerja untuk menikmati pelbagai diskaun serta akses percuma kepada program latihan bersubsidi secara percuma.
Apakah syarat kelayakan untuk siapa kad pekerja madani 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: EWALLET MADANI DALAM MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
APA ITU KAD PEKERJA MADANI
Kad Pekerja MADANI merupakan inisiatif Kerajaan yang membolehkan ahli kesatuan sekerja menikmati pelbagai diskaun sehingga 30% di lebih 100 syarikat terlibat serta berpeluang mendapatkan akses kepada program latihan bersubsidi untuk peningkatan kemahiran, serta perlindungan sosial termasuk bantuan kecemasan dan perkhidmatan kesihatan dengan pendaftaran secara percuma yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.
SYARAT KELAYAKAN KAD PEKERJA MADANI
Syarat Kelayakan Bantuan Kad Pekerja Madani mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia; DAN
- Ahli aktif mana-mana kesatuan sekerja berdaftar yang disahkan oleh kesatuan tersebut;
KELEBIHAN KAD PEKERJA MADANI
Manfaat yang bakal diterima oleh pemilik Kad Pekerja Madani adalah seperti berikut:
- Diskaun sehingga 30% di lebih 100 syarikat termasuk pasar raya dan jenama popular seperti :
- AEON / Mydin / Jakel / Giant / Lotus’s
- Marrybrown / Zus Coffee / Old Town White Coffee
- SOCAR / Bateriku
- Diskaun istimewa untuk servis kenderaan, barangan asas, perkhidmatan harian, serta akses kepada promosi acara dan perkhidmatan peribadi.
- Peluang menyertai program latihan dan kemahiran yang ditawarkan secara bersubsidi.
- Bantuan kebajikan dan keselamatan sosial termasuk bantuan kecemasan dan perkhidmatan kesihatan.
SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK KAD PEKERJA MADANI 2025
Panduan lengkap semakan status permohonan Bantuan Kad Pekerja Madani 2025 secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Kad Pekerja MADANI: https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama Portal akan dipaparkan, kemudian tekan [Log Masuk].
- Klik pada [Ahli Kesatuan – Kad Pekerja MADANI].
- Pilih Jenis Kad Pengenalan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan mengikut Jenis Kad Pengenalan yang dipilih.
- Kemudian masukkan [Kata Laluan] mengikut Kata Laluan yang didaftarkan.
- Tanda [/] pada ruangan kotak [Ingati Saya].
- Tekan [Log Masuk].
- Klik [Semak Status].
- Sekiranya permohonan anda telah diluluskan, anda akan menerima Kad Digital dan boleh digunakan di premis rakan strategik dengan mengimbas Kod QR atau menunjukkan Kad Digital.
- Selesai.
RUJUKAN
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan Kad Pekerja MADANI, anda boleh terus rujuk Portal Rasmi Kad Pekerja MADANI di bawah ini.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://kadpekerjamadani.mohr.gov.my/#faq