TUKAR KAD PENGENALAN ROSAK : CARA GANTI MYKAD ONLINE

TUKAR KAD PENGENALAN ROSAK : CARA GANTI MYKAD ONLINE

Sebarang kerosakan Kad Pengenalan (MyKad) boleh ditukar secara atas talian (online) melalui laman sesawang rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tanpa perlu beratur panjang di kaunter fizikal di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Bagaimanakah cara tukar kad pengenalan rosak? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : SEMAK KELAYAKAN SARA : SEMAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

JENIS KEROSAKAN KAD PENGENALAN

Kenali jenis kerosakan Kad Pengenalan (MyKad) seperti berikut :

  • Kad gagal dibaca :
    • Tidak boleh imbas di mesin atau ‘self service kiosk‘.
  • Bank / Agensi Kerajaan tolak urusan :
    • Sistem tidak dapat kesan data Kad Pengenalan.
  • Perlu dicuba banyak kali untuk lepas :
    • Tanda cip mula bermasalah.
  • Kad rosak fizikal :
    • Mempunyai calar / retak / bengkok / patah yang boleh jejaskan cip.
  • Kad terlalu lama :
    • Kad melebihi 10 tahun boleh menyebabkan cip haus atau terpadam.

*Nota : Jika terdapat tanda kerosakan di atas, anda perlu menukar Kad Pengenalan (MyKad) segera.

CAJ BAYARAN TUKAR KAD PENGENALAN ROSAK

Pertukaran Kad Pengenalan (MyKad) yang rosak akan dikenakan caj bayaran sebanyak berikut :

  • Warganegara Malaysia : RM10.00; atau
  • Bukan Warganegara Malaysia : RM40.00.

*Nota : Sekiranya permohonan dibuat dalam tempoh 12 bulan dari tarikh penyerahan Kad Pengenalan (MyKad) yang rosak, caj tidak akan dikenakan dan diberikan secara percuma.

WAKTU OPERASI TUKAR KAD PENGENALAN SECARA ONLINE

Permohonan untuk pertukaran Kad pengenalan (MyKad) yang rosak kepada baru secara atas talian (online) adalah mengikut waktu operasi berikut :

HARI BEKERJAWAKTU OPERASI
Isnin hingga Jumaat8:00 pagi hingga 4:30 petang
*Nota : Pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum sistem tidak beroperasi dan ditutup.

CARA TUKAR KAD PENGENALAN ROSAK

Terdapat empat (4) cara tukar Kad Pengenalan (MyKad), iaitu melalui :

  • Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di cawangan terdekat; atau
  • Kunjungi Bas atau Van Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); atau
  • Hubungi MyPhone-In; atau
  • Secara atas talian (online) melalui laman rasmi JPN e-Service.

Berikut adalah cara permohonan tukar Kad Pengenalan (MyKad) secara atas talian (online) :

  1. Layari laman rasmi JPN e-Service di sini : https://gantianmykad.jpn.gov.my.
  2. Pilih butang [Mohon Gantian Bagi MyKad Anda].
  3. Isikan borang permohonan mengikut maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
  4. Klik butang [Muat Naik] dokumen yang diperlukan seperti Kad Pengenalan (MyKad) yang rosak.
  5. Pilih cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terdekat anda.
  6. Masukkan bayaran yang diperlukan melalui kad kredit anda.
  7. Simpan resit serta nombor rujukan yang diberikan.
  8. Semak status permohonan dan sekiranya telah sedia, kunjungi cawangan JPN yang dipilih untuk mengambil Kad Pengenalan (MyKad) baharu.
  9. Selesai.

*Nota : Semasa permohonan pertukaran Kad Pengenalan (MyKad) anda perlulah berpakaian kemas untuk gambar dan bawa bersama dokumen sokongan.

DOKUMEN SOKONGAN TUKAR KAD PENGENALAN

Antara dokumen sokongan untuk tukar Kad Pengenalan (MyKad) yang diperlukan adalah :

  1. Dokumen Pemohon (asal) :
    • Kad Pengenalan rosak.
  2. Dokumen Sokongan :
    • Bil Utiliti / Bil Air / Bil Pembentungan / Cukai Pintu / Cukai Taksiran / Borang Taksiran Cukai Pendapatan / Perjanjian Jual Beli Rumah / Perjanjian atau Resit Sewa Rumah / Dokumen Sokongan (Dari Penghulu / Ketua Kampung / Tuan Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan / Angkatan Tentera Malaysia) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (Salinan asal atau yang disahkan)

TEMPOH AMBIL KAD PENGENALAN BARU

Tempoh yang ditetapkan untuk ambil Kad Pengenalan (MyKad) yang baru adalah berbeza mengikut pilihan pusat seperti berikut :

  • Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ibu Pejabat Negeri dan Semua Cawangan UTC adalah selama tempoh 30 minit sahaja.
  • Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Semenanjung Malaysia adalah selama tempoh lima (5) hari bekerja sahaja.
  • Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Sabah dan Sarawak adalah selama tempoh tujuh (7) hari bekerja sahaja.

WAKTU OPERASI JPN UNTUK AMBIL KAD PENGENALAN

Berikut merupakan waktu operasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk pengambilan Kad Pengenalan baru :

  • Semenanjung : Isnin hingga Jumaat (8:00 pagi hingga 4:45 petang).
  • Negeri Pantai Timur : Ahad hingga Khamis (8:00 pagi hingga 4:45 petang).
  • Sabah, Sarawak dan Labuan : Isnin hingga Jumaah (8:00 pagi hingga 4:45 petang).
  • JPN cawangan UTC : Hari Bekerja (8:00 pagi hingga 7:00 malam) atau Hari Hujung Minggu (8:00 pagi hingga 5:00 petang).

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Kad Pengenalan, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :

Leave a Comment