TARIKH RASMI BAYARAN STR FASA 4 2025 TELAH DIUMUMKAN – ANDA BOLEH SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Berdasarkan maklumat bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 yang dijadualkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) adalah dijangka pada bulan November. Namun, Perdana Menteri telah mengumumkan tarikh bayaran Fasa 4 secara rasmi yang diawalkan dari jadual.
Ketahui tarikh rasmi bayaran STR Fasa 4 yang telah diumumkan dan ikuti juga cara semak status kelayakan penerima di bawah.
BACA JUGA : SEMAK DUIT MYKASIH DALAM IC

TARIKH RASMI BAYARAN STR FASA 4 2025 TELAH DIUMUMKAN
YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2026, secara rasminya juga telah mengumumkan tarikh pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 yang diawalkan daripada jadual sebelum ini.
Berikut merupakan tarikh rasmi bayaran STR Fasa 4 :
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH | TARIKH RASMI BAYARAN |
---|---|
Fasa 4 | Bermula 18 Oktober 2025 (Sabtu) |
WAKTU MASUK BAYARAN STR FASA 4 2025
Lazimnya bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dimasukkan ke dalam akaun bank penerima mengikut waktu-waktu berikut :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam;
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
- Lain-lain bank : Selepas 10 malam.
*Namun, waktu bayaran masuk ke dalam akaun bank adalah tidak menentu dan penerima perlu menyemak secara berkala.
KAEDAH BAYARAN STR FASA 4 2025
Kerajaan menyediakan dua (2) kaedah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada penerima supaya dapat memudahkan rakyat menerimanya. Antara kaedah bayarannya ialah seperti berikut :
- Secara Tunai Di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) :
- Dibayar secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat bagi penerima yang tiada akaun bank / status pengkreditan ‘gagal kredit’ / penerima pedalaman Sabah dan Sarawak.
- Secara Pengkreditan Terus Ke Dalam Akaun Bank :
- Dikreditkan melalui kaedah IBG Fund Trasnfer terus ke dalam akaun bank penerima / akaun bank pasangan (bergantung kepada nombor akaun yang didaftarkan).
JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 dilaksanakan dengan jumlah yang berbeza mengikut kategori penerima seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 2025 |
---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan bawah RM2,500) | RM200 (Tiada anak) RM350 (1-2 anak) RM500 (3-4 anak) RM700 (5 anak ke atas) |
Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) | RM100 (Tiada anak) RM200 (1-2 anak) RM250 (3-4 anak) RM350 (5 anak ke atas) |
Warga Emas (Tiada pasangan) | RM150 |
Bujang | RM150 |
CARA SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 4 2025
Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pautan ini https://bantuantunai.hasil.gov.my/ dan ikuti panduan lengkap cara semak status kelayakan penerima Fasa 4 2025 seperti berikut :

- Pada halaman utama Portal, Klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR
- Adakah Bantuan STR juga dibayar kepada individu bujang?
- Ya, Bantuan STR juga dibayar kepada semua individu bujang yang memohon serta memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
- Siapakah layak terima bayaran Bantuan STR Fasa 4?
- Hanya pemohon yang memenuhi kelayakan dan berstatus ‘Lulus’ akan terima bayaran STR Fasa 4.
- Bolehkah penerima Bantuan STR yang mempunyai akaun bank menuntut wang tunai di kaunter BSN juga?
- Tuntutan wang tunai Bantuan STR di kaunter BSN hanya khas untuk penerima yang tiada akaun bank dan status ‘gagal kredit’ sahaja.
- Bolehkah Bantuan STR digunakan untuk bayaran bil?
- Ya boleh, Bantuan STR yang disalurkan secara tunai boleh digunakan untuk apa sahaja transaksi bayaran bergantung kepada penerima.
- Dimanakah permohonan Bantuan STR Fasa 4 boleh dikemukakan?
- Permohonan Bantuan STR perlu dikemukakan di Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Bilakah tarikh akhir permohonan Bantuan STR Fasa 4?
- Permohonan Bantuan STR Fasa 4 boleh dikemukakan pada bila-bila masa sebelum 30 September 2025.
RUJUKAN LANJUT
Artikel ini dirujuk berdasarkan maklumat terkini daripada Portal rasmi STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau maklumat lebih lanjut berkaitan bayaran Bantuan STR Fasa 4, sila rujuk Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747 atau Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
atau E-mel : [email protected].