TARIKH RASMI BAYARAN BANTUAN SARA 2026 : SEMAK KELAYAKAN PEMOHON LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN DALAM MYKAD FASA 1 JANUARI (RM200 & RM100 & RM50)

TARIKH RASMI BAYARAN BANTUAN SARA 2026 : SEMAK KELAYAKAN PEMOHON LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN DALAM MYKAD FASA 1 JANUARI (RM200 & RM100 & RM50)

Terkini, Perdana Menteri telah mengumumkan tarikh rasmi pembayaran Bantuan SARA iaitu Sumbangan Asas Rahmah untuk Fasa pertama (1) tahun 2026 yang akan dilaksanakan bermula pada 9 Januari 2026 dan berperingkat.

Bagaimanakah semak kelayakan penerima dan tarikh rasmi bayaran Bantuan SARA? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : JUMLAH BANTUAN TUNAI STR HASIL 2026 AKAN DIBAYAR : CHECK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA OLEH PENERIMA UNTUK FASA 1

TARIKH RASMI BAYARAN BANTUAN SARA 2026

Bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dilaksanakan setiap bulan dan bulan yang pertama akan dikreditkan secara rasmi bermula pada :

🗓️ 9 JANUARI 2026 (JUMAAT) : Bagi Penerima Isi Rumah & Warga Emas.

🗓️ 16 JANUARI 2026 (JUMAAT) : Bagi Penerima Bujang.

*Setelah Bantuan SARA dikreditkan, penerima boleh terus menggunakannya untuk beli barang-barang keperluan asas mengikut jumlah yang dikreditkan dan boleh digunakan di mana-mana kedai terpilih seluruh Malaysia.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA 2026

Setiap penerima akan menerima bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dengan jumlah yang ditetapkan berdasarkan kategori dan kelayakan seperti berikut :

  • Jumlah Bayaran Kepada Penerima Miskin & Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi RumahRM200
Warga EmasRM150
BujangRM100
  • Jumlah Bayaran Kepada Penerima Asas Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi RumahRM100
Warga EmasRM50
BujangRM50

PLATFORM BAYARAN BANTUAN SARA 2026

Kerajaan menetapkan bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) melalui platform yang sama kepada semua penerima di Semenanjung Malaysia dan di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan iaitu melalui :

🪪 Kad Pengenalan (MyKad)

*Dengan Kad Pengenalan, penerima boleh menggunakan kredit untuk beli barang-barang keperluan seperti barang dapur, produk penjagaan diri, barang keperluan bayi, ubat-ubatan dan sebagainya.

SEMAK KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN SARA 2026

Untuk tahu sama ada layak atau tidak terima Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah), semakan kelayakan boleh dilakukan melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah seperti di bawah :

  1. Sila layari laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk].
  4. Bagi yang ada akaun MyDigital ID, klik untuk log masuk; atau
  5. Bagi yang tiada akaun MyDigital ID, ikuti cara log masuk seperti berikut :
    • Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
    • Klik pada butang [Semak].
    • Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan nama pemohon.
    • Jika ianya betul, klik butang [Ya].
    • Masukkan Kata Laluan yang sah dan betul.
    • Klik pada butang [Log Masuk].
  6. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  7. Untuk semakan kelayakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  8. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  9. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Artikel ini kami tulis berdasarkan maklumat daripada Portal Rasmi MyKasih. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, pihak anda boleh buat rujukan di platform berikut :

Leave a Comment