TARIKH PENYALURAN SABAH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN FASA 2

TARIKH PENYALURAN SABAH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN FASA 2

Bagi mengelakkan rakyat Sabah yang benar-benar memerlukan daripada tercicir sebagai penerima Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, kerajaan menyalurkannya secara berperingkat melalui empat (4) bagi sepanjang tahun 2025.

Bilakah tarikh penyaluran Sabah dan bagaimana semakan status penerima? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN SARA MYKASIH : SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

TARIKH PENYALURAN SABAH 2025

Berikut merupakan tarikh penyaluran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah bagi sepanjang tahun 2025 :

FASA BAYARANTARIKH BAYARAN
Pertama (1)
(Januari – Mac)
Februari 2025
Kedua (2)
(April – Jun)
April – Mei 2025
Ketiga (3)
(Julai – September)
September 2025
Keempat (4)
(Oktober – Disember)
Oktober 2025

*Kini adalah penyaluran fasa kedua (2) yang dilakukan pada tarikh berikut :

DALAM AKAUN BANKSECARA TUNAIPENERIMA BAHARU
April 2025April hingga Mei 2025Mei 2025

KAEDAH PENYALURAN SABAH 2025

Terdapat tiga (3) kaedah penyaluran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, iaitu :

JENIS PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
Penerima mempunyai akaun bankDisalurkan terus ke dalam akaun bank
penerima mengikut nombor
akaun yang didaftarkan
Penerima tiada akaun bank
atau
status ‘Gagal Kredit’
Diberikan secara tunai
kepada penerima yang layak
Penerima mempunyai akaun e-WalletDisalurkan dalam akaun
e-Wallet YONO Superapp

JUMLAH PENYALURAN SABAH 2025

Penyaluran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah disalurkan dengan jumlah sebanyak RM300 sebulan. Namun, ianya disalurkan secara sekaligus setiap tiga (3) bulan dengan jumlah sebanyak RM900 pada setiap fasa.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SABAH 2025

Status kelayakan penerima Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut :

  1. Pergi ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
  3. Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
  4. ⁠Klik pada butang [Semak].
  5. Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
  6. Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan.
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. ⁠Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. ⁠Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SABAH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my.

Leave a Comment