TARIKH PENGKREDITAN DUIT DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH ANDA
Bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bakal memasuki bulan terakhir pembayaran tahun 2025 yang akan disalurkan kepada semua penerima yang layak bermula awal Disember untuk menyokong perbelanjaan keperluan asas penerima.
Bilakah tarikh pengkreditan duit dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.
SIAPA LAYAK BANTUAN DUIT DALAM MYKAD?
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam rekod Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
TARIKH PENGKREDITAN DUIT DALAM MYKAD
Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut :
- Tarikh Bermula Pengreditan SARA eKasih: 15 Januari 2025 (Rabu)
- Tarikh Bermula Pengreditan SARA STR bukan eKasih: 1 April 2025 (Selasa)
- Tarikh Akhir Pengkreditan : 1 Disember 2025 (Isnin)
- Tarikh Luput : 31 Disember 2025 (Rabu)
Catatan : Kredit yang tidak digunakan sebelum 31 Disember 2025, tidak akan di bawa ke bulan seterusnya dan akan luput secara automatik.
KADAR PENGKREDITAN DUIT DALAM MYKAD
Kadar akhir bayaran bantuan SARA 2025 yang bakal disalurkan dalam MyKad, adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 | RM50 |
| Bujang | RM50 | – |
SEMAKAN STATUS PENGKREDITAN DUIT DALAM MYKAD
Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA GUNA DUIT DALAM MYKAD
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
BARANGAN YANG LULUS GUNA MYKAD
Penerima SARA boleh mendapatkan 14 Kategori Barangan Keperluan aAsas yang diluluskan di pasar raya atau kedai yang berdaftar dengan menggunakan MyKad seperti :
- Beras;
- Roti;
- Telur;
- Minyak Masak
- Tepung;
- Biskut;
- Mi Segera;
- Minuman;
- Makanan dalam Tin;
- Bahan Perasa;
- Produk Kebersihan Diri;
- Barang Kebersihan Rumah;
- Ubat-Ubatan;
- Barang Keperluan Sekolah;
KEDAI BERDAFTAR
Lebih daripada 7,300 kedai berdaftar di seluruh Malaysia yang boleh guna pembayaran menggunakan MyKad termasuk pasar raya besar seperti:
- Mydin;
- Giant;
- Econsave;
- Pacific;
- Lotus Stores (Tesco);
Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk di SENARAI KEDAI TERPILIH https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]