TARIKH PEMBAYARAN DUIT STR FASA 3 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Dengan adanya duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dibayar secara berperingkat selama setahun, dapat sedikit sebanyak membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).
Bagaimanakah semakan tarikh pembayaran duit STR Fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BILA BAYARAN STR MASUK : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
JUMLAH PENERIMA DUIT STR FASA 3 2025
Jumlah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) setiap fasa akan bertambah seperti berikut :
- Fasa 1 : 8.3 juta penerima;
- Fasa 2 : 8.5 juta penerima;
- Fasa 3 : 8.7 juta penerima (jangkaan);
- Fasa 4 : 9 juta penerima (jangkaan).
SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA DUIT STR FASA 3 2025
Layari Portal Rasmi mySTR atau klik pada pautan di bawah untuk semakan status kelayakan penerima :
- Pautan Portal Rasmi mySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Ikuti panduan semakan status kelayakan penerima di Portal Rasmi mySTR seperti berikut :
- Klik butang [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang mempunyai akaun; atau
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 950230113456.
- Klik pada butang [Log Masuk] di bawah.
- Sahkan kad pengenalan dengan klik butang [Semak].
- Kemudian, klik pada butang [Ya] sekiranya ‘kata kunci keselamatan’ yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang telah ditetapkan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Bahagian profil pemohon akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semakan Permohonan] di bawah.
- Status kelayakan pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
KADAR PEMBAYARAN DUIT STR FASA 3 2025
Setiap kategori penerima sedia ada akan menerima duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dengan kadar sebanyak berikut :
KATEGORI ISI RUMAH :
- Isi Rumah Pendapatan B40 :
- RM150 (tiada anak).
- RM300 (1 – 2 anak).
- RM500 (3 – 4 anak).
- RM650 (5 anak ke atas).
- Isi Rumah Pendapatan M40 :
- RM100 (tiada anak).
- RM200 (1 – 2 anak).
- RM250 (3 – 4 anak).
- RM300 (5 anak ke atas).
KATEGORI BUJANG :
- Bujang Umur 21 hingga 59 tahun :
- RM150 (setiap individu).
- Bujang Umur 60 tahun dan ke atas :
- RM150 (setiap individu).
KAEDAH PEMBAYARAN DUIT STR FASA 3 2025
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dibayar melalui dua (2) kaedah, iaitu :
- Pembayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat bagi penerima :
- Tiada akaun bank yang aktif; atau
- Status ‘Gagal Kredit’.
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank milik penerima atau pasangan (mengikut nombor akaun yang didaftarkan).
TARIKH PEMBAYARAN DUIT STR FASA 3 2025
Berikut merupakan tarikh pembayaran duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 :
- Penerima Sedia Ada :
- Akhir bulan Julai hingga Ogos 2025.
- Penerima Baharu :
- Akhir bulan Julai hingga Ogos 2025.
*Nota : Tarikh bayaran di atas akan dikemaskini kembali apabila ianya diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF) dalam masa terdekat.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.