TARIKH BELANJAWAN 2026 : BAJET PENJAWAT AWAM, BONUS, BANTUAN, STR, PTPTN

TARIKH BELANJAWAN 2026 : BAJET PENJAWAT AWAM, BONUS, BANTUAN, STR, PTPTN

Belanjawan 2026 merupakan Belanjawan MADANI yang keempat (4) bakal dibentangkan pada 10 Oktober 2025 oleh Perdana Menteri ke-10 iaitu YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akan disiarka secara langsung melalui media di seluruh negara dan boleh juga diakses secara atas talian (online).

Melalui Belanjawan 2026, Kerajaan menumpukan kepada tiga (3) aspek utama iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai dan memacu reformasi dalam usah memperbaiki kualiti hidup rakyat melalui subsidi tersusun, modal insan dan tadbir urus ke arah lebih baik dan pembangunan inklusif.

Berikut kami kongsikan lebih lanjut berkaitan intipati dan tarikh Belanjawan 2026 yang bakal diumumkan.

BACA JUGA : BILA MASUK STR FASA 4 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

PENGENALAN BELANJAWAN 2026

Belanjawan 2026 adalah merupakan pembentangan bajet 2026 oleh Kerajaan MADANI yang keempat (4) di Dewan Rakyat. Melalui Belanjawan 2026 yang pertama dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) / Pelan Malaysia Ke-13 (13MP) yang menandakan permulaan fasa pembangunan baharu negara selama tempoh 2026 hingga 2030.

Kerajaan MADANI merangka Belanjawan ini untuk memperkukuh serta mempercepatkan agenda reformasi ekonomi dan penambahbaikan sistem sosial dalam Malaysia dengan mengambil kira pencapaian ekonomi negara sepanjang tahun 2025.

Pertumbuhan KDNK sebanyak 4% hingga 4.8%, kadar inflasi menurun sebanyak 1.1% pada Jun 2025 serta kadar pengangguran yang menurun 3% pada bulan Mei 2025. Daripada kenyataan Pra-Belanjawan 2026 telah diterbitkan sebagai garis utama Kerajaan dalam Belanjawan 2026 untuk menyampaikan input dan cadangan rakyat.

belanjawan 2026

PRA BELANJAWAN 2026

Berdasarkan kenyataan Pra-Belanjawan 2026, Belanjawan keempat (4) ini dirangka dalam meneruskan Kerangka Ekonomi MADANI bagi memulihkan daya tahan dan memperkukuhkan asas ekonomi serta mengangkat darjat hidup rakyat Malaysia.

Berikut merupakan aspek dan tonggak utama Kerajaan MADANI dalam Belanjawan 2026 :

  1. Menaikkan Siling Pertumbuhan Negara :
    • Menjana kesan berganda merentasi rantai ekonomi;
    • Gerakan strategik untuk transformasi industri Malaysia;
    • Pengesuaian insentif bagi meningkatkan data tarik pelaburan.
  2. Menaikkan Lantai Taraf Hidup Rakyat :
    • Reformasi pasaran buruh;
    • Memperkasa mekanisme bantuan sosioekonomi untuk kehidupan;
    • Ke arah sistem penjagaan kesihatan yang saksama dan mampan;
    • Reformasi sektor pendidikan bagi menjana ekonomi inklusif yang berdaya saing pada masa akan datang;
    • Merapatkan jurang bandar dan luar bandar;
    • Memperkasa semua golongan untuk menyertai ekonomi yang berkembang.
  3. Memacu Pembaharuan, Tatakelola Yang Baik :
    • Memperkukuhkan integriti dan tadbir urus fiskal;
    • Memodenkan kewangan awam melalui teknologi;
    • Mempertingkatkan GovTech dan perkhidmatan rakyat;
    • Reformasi perkhidmatan awam untuk masa depan.

TUMPUAN BELANJAWAN 2026

  • Subsidi Bersasar Yang Terarah :
    • Peralihan subsidi daripada pemberian menyeluruh kepada penyaran subsidi yang lebih terarah bagi mengurangkan pembaziran dan untuk pastikan ianya sampai kepada rakyat yang benar-benar layak.
  • Pembangunan Modal Insan & Sektor Awam :
    • Pelaksanaan inisiatif pembelanjaran melalui APEL oleh INTAN dan GlobalNxt University untuk penjawat awam dilaksanakan sebagai usaha untuk memodenkan perkhidmatan awam dan menutup jurang kompetensi.
  • Kemajuan Infrastruktur dan Sokongan Komuniti :
    • Pembangunan luar banda seperti Sabah dan Sarawak, sektor pelancongan, Peniaga Kecil dan Serdehana serta portfolio inklusif untuk masyarakat seperti warga emas, OKU, komuniti Orang Asli, Bumiputera, Wanita dan Belia.
  • Sumbangan Tunai Rahmah dan Bantuan Untuk Rakyat

EKONOMI MALAYSIA MENUJU 2026

Berdasarkan pencapaian ekonomi Malaysia sehingga separuh 2025, Malaysia kini berada di landasan kukuh. Berikut merupakan kadar ekonomi Malaysia dalam menuju 2026 :

  • KDNK (Q1 2025) kini berkembang 4.4% dengan unjuran pertumbuhan tahunan daripada 4.0% sehingga 4.8% dengan dorangan utama oleh permintaan domestik dan pelaburan swasta.
  • Inflasi terkawal sekitar 1.1% pada bulan Jun 2025 menjadikan Malaysia antara negara yang inflasi terendah di rantau ASEAN.
  • Kadar pengangguran menurunke paras 3.0% KDNK pada 2025 dan ianya sejajar dengan sasaran jangka sederhana Kerajaan.
  • Ringgit Malaysia menokok berbanding dolar AS dalam beberapa suku kebelakangan dan disokong dengan aliran masuk pelaburan dan pengukukuhan asas makroekonomi.

TARIKH BELANJAWAN 2026

Pembentangan Belanjawan 2026 di dalam Dewan Rakyat akan dibentangkan dalam siaran langsung pada 10 Oktober 2025 bermula pada jam 3.00 petang. Siaran langsung boleh ditonton melalui saluran TV tempatan seperti RTM, TV3, Astro Awani dan sebagainya termasuk siaran di semua capaian internet.

PENCAPAIAN SEBELUM BELANJAWAN 2026

Antara pencapaian penting ekonomi Malaysia sepanjang tahun 2024 hingga 2025 adalah :

  1. Pelaburan diluluskan :
    • Malaysia telah mencapai rekod pelaburan tertinggi dua (2) tahun berturut-turut iaitu :
      • RM384.4 billion pada 2024.
      • Suku pertama 2025, pelaburan naik kepada 3.7% iaitu RM89.8 billion.
    • Ia menunjukan keyakinan pelabur terhadap dasar ekonomi MADANI.
  2. Penarafan Kredit Malaysia :
    • Kekal stabil pada tahap baik.
    • Kerana ekonomi yang pelbagai, kukuh, sistem bank stabil dan hutang kerajaan terkawal.
  3. Daya Saing Global :
    • RM11 billion pelaburan domestik digerakkan ke sektor semikonduktor dan tenaga baharu.
    • Gaji minimum RM3,100 untuk 153,000 pekerja.
  4. Subsidi dan Bantuan Sosial :
    • Kerajaan beralih kepada subsidi yang bersasar yang lebih adil dan mampan.
    • Bantuan STR dan SARA dinaikkan 30% kepada RM15 billion.
    • Semua rakyat 18 tahun ke atas terima RM100 dalam bentuk kredit SARA.
  5. Langkah Tingkatkan Hasil Negara :
    • Perluaskan asas cukai.
      • Cukai jualan, cukai perkhidmatan, guna e-invois, TIN dan cukai minimum global.
  6. Pembangunan Infrastruktur :
    • Projek hampir siap : LRT3, ETS ke Johor Bharu.
    • Projek Utama : ECRL, RTS link Johor ke Singapura, lebuhraya bertingkat Juru Sungai Dua.
    • Hospital baru : Sultanah Aminah 2.
    • Projek Banjir : RTB Kota Bharu.
    • Sabah dan Sarawak : Lebuhraya Pan Borneo, loji air Sarawak dan pencawang elektrik Paitan Sabah.

*Semua pencapaian di atas adalah hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif dan dasar strategik yang sedang serta akan diteruskan bawah Belanjawan 2026 dan Kerangka Ekonomi MADANI.

RUJUKAN

Kesemua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Kenyataan daripada Kementerian Kewangan (MOF). Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk di sini : https://mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/kenyataan-prabelanjawan-2026.

Leave a Comment