TARIKH BAYARAN SKAS SARAWAK – SEMAK STATUS BAYARAN TERBARU 2026

TARIKH BAYARAN SKAS SARAWAK – SEMAK STATUS BAYARAN TERBARU 2026

Kerajaan Negeri Sarawak menyedikan peruntukan sebanyak RM539.8 juta untuk membantu seramai hampir 900,000 ribu rakyat Sarawak yang memerlukan dengan menyalurkan Bantuan SKAS Sarawak secara ansur berperingkat melalui tiga (3) fasa.

Bagaimanakah semak tarikh bayaran SKAS Sarawak? Ikuti maklumat lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BAYARAN MYKASIH SARA – STATUS KELAYAKAN PENERIMA TERBARU 2026

APA ITU SKAS SARAWAK?

SKAS Sarawak adalah singkatan dari Sumbangan Keperluan Asas Sarawak yang merupakan sebuah inisiatif bantuan kewangan yang dibayar oleh Kerajaan Negeri Sarawak khas untuk rakyat Sarawak yang berkelayakan sahaja.

Tujuan Bantuan SKAS Sarawak :

  • Membantu meringankan kos sara hidup rakyat Sarawak.
  • Membantu menampung perbelanjaan keperluan asas harian.
  • sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Sarawak.

CARA BAYARAN SKAS SARAWAK

Bagi memudahkan rakyat Sarawak menerima Bantuan SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) untuk pembelian barang keperluan asas, Kerajaan Negeri Sarawak menyediakan satu (1) sahaja cara bayaran, iaitu melalui :

📱 Baucar Digital : Akaun e-Wallet dalam aplikasi S Pay Global.

*Penerima hanya perlu menggunakan bayaran secara tanpa tunai (cashless) dengan membuat bayaran guna kod QR sahaja.

TARIKH BAYARAN SKAS SARAWAK

Kerajaan Negeri Sarawak telah menetapkan tarikh-tarikh bayaran Bantuan SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) kepada setiap penerima secara berperingkat mengikut fasa seperti berikut :

  • Fasa 1 : 10 Mac 2026 (Selasa).
  • Fasa 2 : 15 Mei 2026 (Jumaat).
  • Fasa 3 : 10 November 2026 (Selasa).

JUMLAH BAYARAN SKAS SARAWAK

Jumlah pembayaran Bantuan SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) adalah bermula RM300, RM500 dan sehingga RM950 (tertakluk kepada kategori dan kelayakan penerima) seperti berikut :

  • Isi Rumah :
JUMLAH BAYARANBAYARAN SETIAP FASA
RM950Fasa 1 : RM350
Fasa 2 : RM300
Fasa 3 : RM300
  • Warga Emas :
JUMLAH BAYARANBAYARAN SETIAP FASA
RM500Fasa 1 : RM200
Fasa 2 : RM200
Fasa 3 : RM100
  • Bujang :
JUMLAH BAYARANBAYARAN SETIAP FASA
RM300Fasa 1 : RM100
Fasa 2 : RM100
Fasa 3 : RM100

SEMAK STATUS BAYARAN SKAS SARAWAK

Status kelayakan penerima dan bayaran Bantuan SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) boleh disemak secara atas talian (onlin)e melalui laman sesawang yang rasmi seperti di bawah :

  1. Layari laman sesawang rasmi SKAS Sarawak di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821.
  2. Halaman utama SKAS Sarawak akan dipaparkan.
  3. Layarkan skrin ke bawah sehingga ke butang [Semakan Kelayakan].
  4. Klik pada butang [Semakan Kelayakan].
  5. Masukkan Nombor MyKad* pemohon.
    • *tanpa tanda sempang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 900330112345.
  6. Klik pada butang [Cari].
  7. Status kelayakan dan bayaran Bantuan SKAS Sarawak akan dipaparkan.
  8. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat yang kami sediakan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SKAS Sarawak. Oleh itu, untuk dapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan SKAS Sarawak yang terbaru, sila rujuk pihak berwajib melalui talian dan e-mel berikut :

  • Talian SKAS Sarawak : 082 555 999
  • Fax SKAS Sarawak : 082 555 888
  • E-mel SKAS Sarawak : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/.

Leave a Comment