TARIKH BAYARAN SARA RM100 – ADAKAH ANDA LAYAK JOM SEMAK KELAYAKAN!
Kesemua 22 juta penerima yang telah disahkan ‘Layak’ akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 setiap seorang pada tarikh yang ditetapkan serentak dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja.
Bagaimanakah semakan tarikh bayaran SARA RM100? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BARANG SARA – SEMAK SENARAI – CARA BELI GUNA MYKAD
CARA BAYARAN SARA RM100
Pembayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) RM100 One-off (sekaligus) adalah dilaksanakan secara tanpa tunai (cashless) melalui pengkreditan terus ke dalam Kad Pengenalan (Mykad) penerima.
TARIKH BAYARAN SARA RM100
Pembayaran Bantuan SARA RM100 adalah pada tarikh berikut :
JENIS PROGRAM | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penghargaan SARA One-Off | 31 Ogos 2025 (Ahad) |
SEMAK KELAYAKAN SARA RM100
Bagi yang belum mengetahui kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA RM100, ikuti cara semak kelayakan berikut :
- Sila layari Laman Portal Rasmi SARA di pautan ini : https://www.sara.gov.my/.
- Halaman utama ‘Penghargaan SARA ‘ akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [Semak Kelayakan] untuk semakan status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah RM100One-off.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
*Status kelayakan penerima yang ‘Layak’ akan dipaparkan seperti berikut :
Nama Program | Penghargaan SARA |
Status | Layak |
Tarikh Program Bermula | 31/08/2025 |
Tarikh Program Berakhir | 31/12/2025 |
Baki (RM) | 100.00 |
SEMAK BAYARAN SARA RM100
Untuk mengetahui status bayaran dan baki Bantuan SARA RM100 dalam Kad Pengenalan (MyKad), ikuti panduan semakan berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara One Off, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 7720 1800.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/documents/penghargaan_sara_faq_20250821.pdf.