TARIKH BAYARAN MYSTR 2026 : SEMAK JADUAL PEMBAYARAN & STATUS KELAYAKAN PENERIMA FASA 1
Hasil kutipan daripada penyasaran semula subsidi sebanyak RM15 billion bakal diberikan kepada rakyat yang berkelayakan B40 dan M40 melalui penyaluran Bantuan MySTR (Sumbangan Tunai Rahmah).
Bilakah tarikh bayaran MySTR 2026? Semak jadual bayaran & ikuti cara semakan status sebagai penerima di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS STR TAMBAHAN 2026 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN
SIAPA LAYAK TERIMA MYSTR 2026
Setiap permohonan yang disahkan ‘Layak’ adalah merujuk kepada syarat-syarat kelayakan yang dipenuh oleh setiap pemohon. Berikut adalah syarat-syarat kelayakan setiap kategori penerima MySTR :
- Syarat Kelayakan Penerima Isi Rumah :
- Warganegara Malaysia.
- Tiada had umur.
- Berkahwin (ada / tiada anak) atau Ibu / bapa tunggal (ada anak).
- Pendapatan bawah RM2,500 (kategori B40) atau Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 (kategori M40).
- Syarat Kelayakan Penerima Warga Emas :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 60 tahun dan ke atas.
- Bujang atau Balu (kematian pasangan) atau Janda / Duda (bercerai).
- Tiada tanggungan (anak yang menepati syarat).
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Syarat Kelayakan Penerima Bujang :
- Warganegara Malaysia.
- Had umur biasa 21 hingga 59 atau OKU bermula 19 tahun ke atas.
- Belum berkahwin atau Balu (kematian pasangan) atau Janda / Duda (bercerai).
- Balu / Janda / Duda tiada anak yang menepati syarat.
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA atau IPTS.
- Pendapatan bawah RM2,500 sebulan.
TARIKH BAYARAN MYSTR 2026
Kerajaan akan melaksanakan bayaran Bantuan MySTR pada atau sebelum hari perayaan besar di Malaysia seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Deepavali bagi membantu rakyat membuat persiapan. Berikut adalah jadual anggaran untuk tahun 2026 :
| FASA BAYARAN | TARIKH PELAKSANAAN |
|---|---|
| Fasa 1 | Januari atau Februari 2026 |
| Fasa 2 | Mac atau April 2026 |
| Fasa 3 | Ogos 2026 |
| Fasa 4 | Oktober 2026 |
JUMLAH BAYARAN MYSTR 2026
Bantuan MySTR akan dibayar dengan jumlah yang selayaknya mengikut kategori dan kelayakan penerima. Namun, Kerajaan akan sertakan bersama bayaran Bantuan MySARA. Berikut merupakan jumlah bayaran untuk tahun 2026 :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN MYSTR | JUMLAH BAYARAN MYSARA |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | RM700 (0 anak) RM1,200 (1-2 anak) RM1,700 (3-4 anak) RM2,200 (>5 anak) | RM2,400 (daftar eKasih) atau RM1,200 (bukan eKasih) |
| Isi Rumah M40 | RM200 (0 anak) RM450 (1-2 anak) RM700 (3-4 anak) RM950 (>5 anak) | RM1,200 |
| Warga Emas | RM600 | RM1,800 (daftar eKasih) atau RM600 (bukan eKasih) |
| Bujang | – | RM1,200 (daftar eKasih) atau RM600 (bukan eKasih) |
CARA BAYARAN MYSTR 2026
Cara pembayaran Bantuan MySTR kepada penerima sama sahaja seperti tahun-tahun sebelum ini iaitu kerajaan menyediakan dua (2) cara mudah tunai dan pengkreditan seperti berikut :
- Bayaran secara tunai di kaunter bank :
- Bantuan MySTR akan dibayar secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima yang tiada akaun bank, penerima status ‘gagal Kredit’ dan penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akses internet online banking.
- Bayaran secara tunai melalui akaun bank :
- Bantuan MySTR akan dikreditkan ke dalam akaun bank melalui sistem ‘IBG Fund Transfer’ kepada penerima yang mempunyai akaun bank atas nama sendiri.
SEMAK KELAYAKAN PENERIMA MYSTR 2026
Bagaimanapun status kelayakan permohonan Bantuan MySTR boleh disemak untuk mengetahui sama ada layak atau tidak sebagai penerima untuk tahun 2026. Ikuti cara semakan yang lengkap di bawah :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan di halaman : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login .
- Tekan [Semak].
- Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang [Semak].
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang [Log Masuk].
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Anda akan dipaparkan seperti butiran berikut :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di akaun mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan [Semakan Permohonan].
- Status permohonan STR anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT MYSTR
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian MySTR : 1800 88 2747
- Talian MySTR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel : [email protected]