TARIKH BAYAR DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD 2026 : PEMOHON YANG BERSTATUS LULUS AKAN TERIMA BAYARAN SEBANYAK (RM50, RM100, RM200) – CEK STATUS SEGERA

TARIKH BAYAR DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD 2026 : PEMOHON YANG BERSTATUS LULUS AKAN TERIMA BAYARAN SEBANYAK (RM50, RM100, RM200) – CEK STATUS SEGERA

Duit Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) yang pertama akan dikreditkan dalam MyKad 8.1 juta penerima yang layak secara berperingkat pada bulan Januari ini bermula pada 9 Januari sehingga 16 Januari 2026.

Bagaimanakah semak status dan tarikh bayaran duit Bantuan SARA dalam MyKad? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : JUMLAH STR FASA 1 2026 DIBAYAR : SEMAK KADAR BAYARAN YANG AKAN DITERIMA OLEH PENERIMA SEMASA PENYALURAN DUIT FASA 1

TARIKH BAYAR DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD 2026

Bayaran bulan pertama Bantuan SARA dalam MyKad adalah pada tarikh seperti tertera di bawah :

  • Isi Rumah : Bermula 9 Januari 2026 (Jumaat).
  • Warga Emas : Bermula 9 Januari 2026 (Jumaat).
  • Bujang : Bermula 16 Januari 2026 (Jumaat).

JUMLAH BAYAR DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD 2026

Setiap kategori akan terima duit Bantuan SARA dalam MyKad sebanyak jumlah berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
    • Isi Rumah daftar eKasih terima RM200 dalam MyKad.
    • Isi Rumah bukan eKasih terima RM100 dalam MyKad.
  • KATEGORI WARGA EMAS :
    • Warga Emas daftar eKasih terima RM150 dalam MyKad.
    • Warga Emas bukan eKasih terima RM50 dalam MyKad.
  • KATEGORI BUJANG :
    • Bujang daftar eKasih terima RM100 dalam MyKad.
    • Bujang bukan eKasih terima RM50 dalam MyKad.

CARA GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD

Duit Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad boleh digunakan untuk beli barangan keperluan asas secara tanpa tunai mengikut cara seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih SARA berhampiran (Rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  4. Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
  5. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  6. Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  7. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

SEMAK STATUS BANTUAN SARA DALAM MYKAD

Untuk ketahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA dalam MyKad, ikuti cara semak yang mudah secara online seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN LANJUT BANTUAN SARA

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

2 thoughts on “TARIKH BAYAR DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD 2026 : PEMOHON YANG BERSTATUS LULUS AKAN TERIMA BAYARAN SEBANYAK (RM50, RM100, RM200) – CEK STATUS SEGERA”

Leave a Comment