TARIKH BAYAR BANTUAN SABAH RM900 FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Melalui Belanjawan 2025 Negeri Sabah, Kerajaan Sabah memperkenalkan Program Sentuhan Kasih Rakyat sebagai inisiatif pembasmian kemiskinan dengan peruntukan sebanyak RM358.5 juta untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar eKasih melalui pemberian tunai secara berfasa.
Bilakah tarikh bayar bantuan sabah rm900 fasa 2 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BILA BAYAR BANTUAN SABAH FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
TUJUAN PELAKSANAAN PROGRAM BANTUAN SABAH
Objektif utama pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:
- Bantuan Kewangan untuk Keperluan Asas:
Untuk meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas.
- Bantuan untuk kehidupan selesa:
Untuk membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa.
- Pengurangan Kemiskinan Tegar:
Untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024; ATAU
- Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
JUMLAH BANTUAN SABAH 2025 DI BAYAR
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
FASA PEMBAYARAN | AMAUN BANTUAN |
---|---|
Penyaluran Bagi Setiap Fasa (Fasa 1, 2, 3 dan 4) | RM 900 |
Kadar bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah sebanyak RM300 bagi setiap bulan. Namun begitu, penyaluran kepada penerima akan dilakukan secara berfasa dengan bayaran sebanyak RM900 bagi setiap fasa (meliputi jumlah bayaran untuk tiga (3) bulan serentak).
SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN SABAH 2025
Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Online Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, di sini:
https://padans.sabah.gov.my/ - Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
- Tekan butang (Semak).
- Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, https://sukur.sabah.gov.my/
- Masukkan 12 digit (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan untuk semakan.
- Kemudian, klik (Semak).
- Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
- Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
JADUAL BANTUAN SABAH 2025 DI BAYAR
Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:
FASA | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Satu | Fasa 1 19 Februari 2025 (Rabu) |
Kedua | Fasa 2 April 2025 |
Ketiga | Fasa 3 Ogos 2025 |
Keempat | Fasa 4 Oktober 2025 |
KAEDAH BANTUAN SABAH 2025 DI BAYAR
Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN BANTUAN |
---|---|
Mempunyai Bank Akaun | Pengkreditan terus ke akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Bantuan akan diberikan secara tunai |
Mempunyai akaun e-Wallet YONO Superapp | Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO Superapp penerima |
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Hotlink Program Sentuhan Kasih Rakyat: 088 338 338
- Portal Rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat: https://padans.sabah.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://padans.sabah.gov.my/home/faq
Terima kasih atas bantuan nya saya amat gembira sekali
Mudah mudahan tahun depan kerajaan akan menaikkan jumlah bantuan daripada RM300 ke RM500 sebulan memandangkan kos Sara hidup meningkat,..
Apa pun terima kasih kepada Kerajaan Sabah dibawah pimpinan Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Hajiji Noor kerana sangat prihatin kepada golongan rakyat miskin Dan miskin tegar undi kami hanya kepada parti GRS sahaja..