TARIKH AKHIR SARA 2025 : ANDA HANYA BOLEH BELI GUNA BANTUAN MYKASIH SEBELUM TAMAT TEMPOH, JADI PASTIKAN SEMAK TARIKH TAMAT TEMPOH DI SINI
Kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang tidak digunakan dalam tempoh yang ditetapkan tidak akan di bawa ke bulan berikutnya dan akan luput secara automatik.
Bilakah tarikh akhir sara 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: PERMOHONAN STR TAMBAHAN 2026 : CARA DAFTAR BANTUAN TAMBAHAN RM200, RM100, RM50 SETIAP BULAN
TARIKH AKHIR SARA 2025
Setiap baki atau kredit MyKasih yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dan hanya sah digunakan sehingga :
- Tarikh akhir/luput : 31 Disember 2025, (Rabu)
Kredit yang tidak digunakan selepas tarikh tersebut akan luput secara automatik.
SYARAT KELAYAKAN SARA 2025
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam rekod Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
AMAUN AKHIR SARA 2025
Kadar bayaran akhir bantuan SARA 2025 yang bakal disalurkan dalam MyKad, adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 | RM50 |
| Bujang | RM50 | – |
SEMAKAN STATUS BAYARAN AKHIR SARA 2025
Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA GUNA KREDIT SARA
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
SENARAI KEDAI BERDAFTAR SARA 2025
Lebih daripada 7,300 kedai berdaftar di seluruh Malaysia yang berdaftar MyKasih termasuk pasar raya besar seperti:
- Mydin;
- Giant;
- Econsave;
- Pacific;
- Lotus Stores (Tesco);
Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk di SENARAI KEDAI TERPILIH https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
SENARAI BARANG SARA BOLEH DI BELI
Penerima SARA boleh mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai yang berdaftar dengan menggunakan MyKad seperti Beras, Makanan Dalam Tin, Telur, Minuman, Minyak Masak, Bahan Perasa, Tepung, Produk Penjagaan Diri, Roti, Barangan Kebersihan Rumah, Biskut, Ubat-ubatan, Mi Segera dan Keperluan sekolah.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]