TARIKH AKHIR GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025 : ANDA BOLEH SEMAK SEGERA TARIKH TAMAT MYKASIH
Walaupun Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dikreditkan setiap bulan dan baki yang belum habis digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, penerima perlu ketahui bahawa Kerajaan telah menetapkan tarikh akhir penggunaan duit Bantuan SARA untuk tahun 2025.
Bilakah tarikh akhir guna duit Bantuan SARA dalam IC? Semak maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN STR TAMBAHAN : SEMAK STATUS 2026 SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BANTUAN TAMBAHAN
TARIKH DUIT BANTUAN SARA DIKREDITKAN DALAM IC 2025
Bantuan SARA dikreditkan dalam IC penerima setiap bulan secara one-off (sekaligus) mengikut tarikh-tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| JENIS PENGKREDITAN | TARIKH KREDIT |
|---|---|
| Pengkreditan Setiap Bulan | Fasa 1 : 15 Januari 2025 1 Februari 2025 1 Mac 2025 Fasa 2 : 1 April 2025 1 Mei 2025 1 Jun 2025 1 Julai 2025 1 Ogos 2025 1 September 2025 1 Oktober 2025 1 November 2025 1 Disember 2025 |
| Pengkreditan Sekaligus (One-off) | 31 Ogos 2025 |
TARIKH AKHIR GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025
Semua penerima diingatkan agar menggunakan duit Bantuan SARA yang ada dalam IC sebelum tarikh akhir kerana baki yang ada tidak akan dibawa ke tahun berikutnya. Penerima perlu menggunakan sebelum tarikh akhir berikut :
| JENIS PENGKREDITAN | TARIKH AKHIR GUNA | TEMPOH PENGGUNAAN |
|---|---|---|
| Setiap bulan (Fasa 1) | 31 Disember 2025 | 12 bulan |
| Setiap Bulan (Fasa 2) | 31 Disember 2025 | 9 bulan |
| Sekaligus (One-off) | 31 Disember 2025 | 4 bulan |
JUMLAH DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025
Duit Bantuan SARA dikreditkan dalam IC penerima mengikut jumlah yang berbeza mengikut kelayakan penerima :
- Pengkreditan Setiap Bulan (Penerima Miskin) :
- 700,000 ribu penerima berstatus Miskin & Miskin Tegar tersenarai e-Kasih.
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KREDIT (FASA 1) | JUMLAH KREDIT (FASA 2) |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100 sebulan | RM200 sebulan |
| Warga Emas | RM100 sebulan | RM150 sebulan |
| Bujang | RM50 sebulan | RM50 sebulan |
- Pengkreditan Setiap Bulan (Penerima Bukan Miskin) :
- 4.7 juta penerima asas Bukan Miskin / Miskin Tegar.
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KREDIT (FASA 1) | JUMLAH KREDIT (FASA 2) |
|---|---|---|
| Isi Rumah | – | RM100 sebulan |
| Warga Emas | – | RM50 sebulan |
| Bujang | – | – |
- Pengkreditan Sekaligus (Semua Rakyat Dewasa) :
- 22 juta rakyat dewasa termasuk 5.4 juta penerima miskin dan bukan miskin.
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KREDIT ONE-OFF |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 suami dan RM100 isteri |
| Warga Emas | RM100 |
| Bujang | RM100 |
CARA GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC
Bagi penerima yang masih belum menggunakan Bantuan SARA dalam IC, sila buat pembelian barang keperluan asas mengikut cara-cara yang mudah seperti berikut :
- Pergi ke premis yang berdaftar dengan SARA.
- Pastikan anda membawa IC bersama.
- Ambil barang keperluan asas yang mempunyai label SARA.
- Pergi ke kaunter yang terpilih SARA MyKasih.
- Berikan IC kepada juruwang yang bertugas.
- Juruwang akan imbas dan sahkan baki penerima.
- Barang yang terpilih akan diimbas oleh juruwang.
- Bayaran akan disahkan dengan menggunakan IC penerima.
- Resit dan IC akan diberikan.
- Selesai.
SEMAK BAKI DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025
Baki duit Bantuan SARA yang masih ada dalam IC boleh disemak secara online melalui aplikasi MyKasih yang boleh dimuat turun secara percuma dalam telefon pintar. Ikuti cara semak baki seperti berikut :
- Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
- Muat turun aplikasi ‘MyKasih‘ dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Pilih [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Anda akan dipaparkan ‘Selamat Datang Ke Aplikasi MyKasih’.
- Tandakan pada ‘Telah Dibaca dan Saya Setuju’ di bawah.
- Kemudian, klik butang [TERUSKAN].
- Klik pada butang [Semak Kelayakan & Baki] untuk mengetahui status.
- Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
- Masukkan nombor IC pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 800230113567.
- Tandakan pada butang [Verifikasi] dan klik [Semakan Status].
- Status dan Baki Bantuan dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT SARA
Maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih dan dikongsikan untuk memudahkan carian and. Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut, pihak tuan / puan boleh rujuk pihak SARA yang berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]