TARIKH AKHIR BOLEH BELI GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025 : ANDA SEMAK SEGERA TARIKH TAMAT MYKASIH
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sesi 2025 bakal tamat tidak lagi. Kredit atau baki bantuan yang belum digunakan boleh mula dibelanjakan oleh penerima sebelum tarikh akhir di mana kredit bantuan akan luput secara automatik.
Bilakah tarikh akhir boleh beli guna duit bantuan sara dalam ic 2025? Ikuti Info lanjut disini.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA DALAM IC 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, dan Warga Emas Tiada Pasangan sahaja.
TARIKH AKHIR BOLEH BELI GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 dilaksanakan seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | TARIKH PELAKSANAAN SARA | TARIKH BAYARAN DISEMBER | TARIKH LUPUT/ AKHIR GUNA |
|---|---|---|---|
| Lulus STR & Berstatus eKasih | 15 Januari 2025 | 1 Disember 2025 | 31 Disember 2025 |
| Lulus STR Sahaja Bukan eKasih | 1 April 2025 | 1 Disember 2025 | 31 Disember 2025 |
| SARA ONE-OFF | 31 Ogos 2025 | – | 31 Disember 2025 |
Baki atau kredit SARA yang tidak digunakan dalam tempoh yang ditetapkan, tidak lagi akan dibawa ke bulan berikutnya. Sebarang kredit yang tidak digunakan selepas tarikh akhir, akan luput secara automatik.
AMAUN DUIT BANTUAN SARA DALAM IC 2025
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Disember 2025, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 | RM50 |
| Bujang | RM50 | – |
SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA DALAM IC 2025
Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2025.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]