TARIKH AKHIR ANDA BOLEH MEMBELI GUNA DUIT BANTUAN SARA 2025 : SEMAK SEGERA TARIKH TAMAT

TARIKH AKHIR ANDA BOLEH MEMBELI GUNA DUIT BANTUAN SARA 2025 : SEMAK SEGERA TARIKH TAMAT

Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dikreditkan setiap bulan dalam Kad Pengenalan dan jika penerima tidak menghabiskan kredit, baki tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama kredit baharu. Namun, Kerajaan telah menetapkan tarikh akhir penerima boleh membeli guna Bantuan SARA yang ada dalam Kad Pengenalan.

Bilakah tarikh akhir boleh membeli guna duit Bantuan SARA? Sila baca info penuh di bawah.

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN BULANAN 2026 : SEKIRANYA ANDA LAYAK, MOHON SEKARANG

TARIKH AKHIR ANDA BOLEH MEMBELI GUNA DUIT BANTUAN SARA 2025

Semua penerima diingatkan bahawa Bantuan SARA yang dikreditkan dalam Kad Pengenalan mempunyai tarikh akhir dan penerima perlu membuat pembelian sebelum tarikh akhir bagi mengelakkan baki yang ada ditarik dari Kad Pengenalan.

Berikut adalah tarikh akhir anda boleh membeli menggunakan duit Bantuan SARA :

CARA PENERIMAANTARIKH AKHIR BOLEH GUNA
Setiap bulan31 Disember 2025 (Rabu)
One-Off31 Disember 2025 (Rabu)

SENARAI BARANG BOLEH BELI GUNA DUIT BANTUAN SARA 2025

Hanya barang-barang tertentu sahaja boleh dibeli dengan menggunakan duit Bantuan SARA yang ada dalam Kad Pengenalan. Selain daripada senarai di bawah, penerima perlu membuat bayaran secara tunai di kaunter.

Berikut adalah antara barang yang boleh dibeli menggunakan Bantuan SARA :

  • Beras – beras putih sahaja.
  • Mi segera.
  • Roti – pelbagai jenis roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut – biskut kering / biskut berkrim.
  • Bahan perasa – sos cili, kicap, gula, garam dan sebagainya.
  • Makanan dalam tin.
  • Minuman – susu, Milo, teh, Nescafe dan sebagainya.
  • Ubat gigi.
  • Sabun – sabun cecair badan, sabun pencuci pinggang, serbuk pencuci pakaian, sabun lantai dan sebagainya.
  • Shampu rambut.
  • Lampin pakai buang – lampin budak dan tuala wanita.
  • Ubat – Panadol, ubat batuk dan lain-lain yang diluluskan oleh KKM.
  • Barang sekolah – alat tulis, baju / seluar sekolah (pakaian seragam), beg sekolah, kasut dan sebagainya.

TIPS BELI BARANG GUNA DUIT BANTUAN SARA 2025

Untuk membeli barang keperluan asas dengan menggunakan duit Bantuan SARA yang ada dalam Kad Pengenalan dan penerima perlu ketahui tips mudah untuk guna duit Bantuan SARA.

Ikuti cara beli barang guna duit Bantuan SARA seperti berikut :

  1. Sila bawa Kad Pengenalan penerima bersama anda.
  2. Kunjungi pasar raya / kedai runcit / pasar mini yang berdaftar di bawah SARA.
  3. Ambil barang-barang keperluan yang diperlukan berdasarkan label SARA.
  4. Pergi ke kaunter yang mempunyai sistem bayaran ‘MyKasih’.
  5. Berikan Kad Pengenalan kepada juruwang yang bertugas di kaunter.
  6. Juruwang akan memasuki Kad Pengenalan penerima dalam mesin.
  7. Status dan baki Bantuan SARA dalam Kad Pengenalan akan dinyatakan.
  8. Kemudian, juruwang akan imbas setiap satu barang yang dipilih.
  9. Bayaran akan ditolak dari baki yang ada dalam Kad Pengenalan.
  10. Sekiranya barang-barang melebihi baki yang ada, penerima perlu bayar tunai.
  11. Resit dan Kad Pengenalan akan diberikan kepada penerima.
  12. Selesai.

CARA SEMAK BAKI DUIT BANTUAN SARA YANG ADA 2025

Bagaimanapun, supaya duit Bantuan SARA digunakan sepenuhnya, penerima perlu mengetahui baki yang ada dalam Kad Pengenalan masing-masing.

Ikuti cara semak baki Bantuan SARA seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
    • [PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] dan
    • [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off].
  4. Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] di bawah.
  5. Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
  6. Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN & BAKI].
  7. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  8. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  9. Klik pada butang [Verify you are human].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
  11. Status kelayakan dan baki duit Bantuan SARA dalam Kad Pengenalan akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN LANJUT BANTUAN SARA

Maklumat berkaitan Bantuan SARA ini kami rujuk berdasarkan Portal Rasmi MyKasih dan kami kongsikan untuk mudahkan carian orang ramai. Namun, untuk yang ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, sila buat rujukan di bawah :

Leave a Comment