TARIKH AKHIR ANDA BOLEH GUNA DUIT BANTUAN SARA 2025 : SEMAK BILA TAMAT TEMPOH
Baki atau kredit bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang tidak digunakan sebelum tarikh akhir bantuan, tidak lagi akan dibawa ke bulan berikutnya dan akan luput secara automatik. Untuk sepenuhnya menikmati manfaat bantuan, penerima dikehendaki menggunakan kredit bantuan sebelum tamat tempoh program.
Bilakah tarikh akhir anda boleh guna duit bantuan sara 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD : PENERIMA FASA DISEMBER 2025
TARIKH AKHIR ANDA BOLEH GUNA DUIT BANTUAN SARA 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 dilaksanakan seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | TARIKH MULA | TARIKH AKHIR GUNA/LUPUT |
|---|---|---|
| SARA EKASIH | 15 Januari 2025 | 31 Disember 2025 |
| SARA BUKAN EKASIH | 1 April 2025 | 31 Disember 2025 |
| SARA ONE-OFF | 31 Ogos 2025 | 31 Disember 2025 |
Baki atau kredit SARA yang tidak digunakan dalam tempoh yang ditetapkan, tidak lagi akan dibawa ke bulan berikutnya, dan akan luput secara automatik.
AMAUN AKHIR BANTUAN SARA 2025
Kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Fasa Akhir (Disember) 2025 akan disalurkan seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 | RM50 |
| Bujang | RM50 | – |
KELAYAKAN AKHIR BANTUAN SARA 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, dan Warga Emas Tiada Pasangan sahaja.
SEMAKAN STATUS AKHIR BANTUAN SARA 2025
Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Fasa Disember 2025 boleh disemak secara online seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2025.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA GUNA DUIT BANTUAN SARA 2025
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
Senarai dan jenama barangan yang diluluskan serta senarai penuh kedai yang berdaftar boleh di rujuk di pautan berikut
- Barangan Asas : https://mykasih.my/senarai-barang-mykasih/
- Kedai Berdaftar : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]