SYUKUR SABAH SEMAKAN STATUS BAYARAN FASA 1 2026
Bantuan SYUKUR iaitu Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang disalurkan sehingga RM2,400 setahun dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah dari fasa ke fasa sebagai program pembasmian kadar kemiskinan di Sabah.
Bagaimanakah semakan status bayaran SYUKUR Sabah? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK SARA BULANAN 2026 : STATUS KELAYAKAN & BAYARAN
KADAR BAYARAN SYUKUR SABAH
Kiraan kadar bayaran Bantuan SYUKUR Sabah adalah RM200 sebulan, namun ianya dibayar tiga (3) bulan sekaligus iaitu RM600 setiap fasa seperti berikut :
| PERINGKAT FASA | KADAR BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 (Januari – Mac) | RM600 |
| Fasa 2 (April – Jun) | RM600 |
| Fasa 3 (Julai – September) | RM600 |
| Fasa 4 (Oktober – Disember) | RM600 |
JADUAL BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 1 2026
Pelaksanaan bayaran Bantuan SYUKUR Sabah adalah mengikut jadual seperti berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | Februari – Mac 2026 |
| Fasa 2 | Mei 2026 |
| Fasa 3 | Ogos – September 2026 |
| Fasa 4 | November 2026 |
CARA TERIMA BAYARAN SYUKUR SABAH
Terdapat beberapa cara terima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah yang disediakan untuk memudahkan penerima :
| JENIS PENERIMA | CARA TERIMA BAYARAN |
|---|---|
| Penerima ada akaun bank | Terima bayaran secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima |
| Penerima tiada akaun bank | Terima bayaran secara tunai di kaunter bank atau di pusat pemberian yang bersesuaian ditetapkan oleh Kerajaan Sabah |
| Penerima ada / tiada akaun bank | Terima bayaran secara pengkreditan dalam aplikasi YONO Superapp |
SEMAKAN STATUS BAYARAN SYUKUR SABAH
Status penerima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah boleh disemak secara atas talian seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| SYUKUR Sabah | https://padans.sabah.gov.my/ |
- Layari pautan Portal Rasmi SYUKUR Sabah di atas.
- Halaman utama SYUKUR Sabah akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semak] di sebelah kiri.
- Kemudian, klik pada butang [Teruskan].
- Masukkan Nombor MyKad anda.
- *tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>
- Contoh : 9003112345.
- *tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>
- Klik pada butang [Semak].
- Status kelayakan penerima SYUKUR Sabah akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat dalam artikel ini dikongsikan berdasarkan rujukan di laman rasmi SYUKUR Sabah. Oleh itu, untuk sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian SYUKUR Sabah : 088 338 338
- Talian WhatsApp : 010-582 8207
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/.