SYUKUR SABAH RM900 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK FASA 3 SEKARANG

SYUKUR SABAH RM900 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK FASA 3 SEKARANG

Antara inisiatis pembasmian kemiskinan yang dilakukan oleh Kerajaan Sabah adalah dengan memperuntukan sebanyak RM358.5 juta untuk disalurkan kepada rakyat melalui Program SYUKUR Sabah sebanyak RM900 setiap penerima.

Ketahui cara semak status penerima SYUKUR Sabah RM900 dan info lebih lanju di bawah.

BACA JUGA : PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP : SEMAK ANDAKAH ANDA LAYAK ATAU TIDAK

SYUKUR SABAH RM900 2025

KADAR BAYARAN SYUKUR SABAH 2025

Bayaran Bantuan SYUKUR Sabah adalah sebanyak RM300 setiap bulan, namun dibayar setiap 3 bulan sebanyak RM900 kepada penerima seperti berikut :

GABUNGAN BULANKADAR BAYARAN
Januari – MacRM300 + RM300 + RM300
= RM900
April – JunRM300 + RM300 + RM300
= RM900
Julai – SeptemberRM300 + RM300 + RM300
= RM900
Oktober – DisemberRM300 + RM300 + RM300
= RM900
*Bayaran setahun sebanyak RM3,600.

SIAPA YANG LAYAK?

Berikut merupakan syarat kelayakan penerima SYUKUR Sabah :

  • Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024; dan
  • Warganegara Malaysia;
  • Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
  • Pemegang kad pengenalan berstatus ‘H’.
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar di dalam pangkalan data eKasih atau Sistem pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024; dan / atau

Memenuhi syarat lain seperti berikut :

  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem ekasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK)*.
  • Ketua Isi Rumah (KIR) kategori miskin (seorang penerima sahaja); atau
  • Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak bagi kategori miskin tegar; atau
  • Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima di para (e) masih di bawah paras kemiskinan tegar.

JADUAL BAYARAN SYUKUR SABAH RM900 2025

Pembayaran Bantuan SYUKUR sabah RM900 adalah mengikut jadual berikut :

FASA PELAKSANAANTARIKH BAYARAN
Fasa 1Februari 2025
Fasa 2April – Mei 2025
Fasa 3Ogos – September 2025
Fasa 4Oktober 2025

CARA SEMAK STATUS PENERIMA SYUKUR SABAH

Status penerima yang layak SYUKUR Sabah RM900 boleh disemak secara online seperti berikut :

  1. Pergi ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025.
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
  3. Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
  4. ⁠Tekan butang [Semak].
  5. Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, syukur.sabah.gov.my.
  6. Masukkan (Nombor MyKad*) di ruangan yang disediakan.
  7. Kemudian, tekan butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
  9. ⁠Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. ⁠Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) SYUKUR SABAH

Antara soalan lazim yang sering ditanya berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah adalah seperti berikut :

  1. Bagaimanakah cara terima bayaran SYUKUR Sabah?
    • Setiap penerima boleh pilih cara bayaran yang mudah iaitu melalui akaun bank atau aplikasi e-Wallet YONO atau tunai di bank.
  2. Adakah pemberian SYUKUR Sabah terhad?
    • Ianya terhad kepada 100,000 rakyat di Sabah yang layak sahaja.
  3. Bolehkah penerima yang tiada akaun bank mendapatkan Bantuan SYUKUR Sabah melalui aplikasi e-Wallet?
    • Ya, penerima perlu muat turun aplikasi YONO Superapp dan mohon Bantuan SYUKUR Sabah masuk dalam aplikasi e-Wallet tersebut.
  4. Bolehkah Bantuan SYUKUR Sabah digunakan untuk beli barang dapur?
    • Ya boleh dan ianya bergantung kepada penerima untuk beli atau bayar apa sahaja.
  5. Adakah rakyat dari negeri lain bermastautin di Sabah lebih 2 tahun juga boleh mohon SYUKUR Sabah?
    • Ya boleh sekiranya pemohon memenuhi kelayakan yang ditetapkan.

MAKLUMAT LENGKAP

Untuk maklumat lebih lengkap berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, sila hubungi pihak SYUKUR Sabah seperti berikut :

  • Talian SYUKUR Sabah : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel : [email protected]

2 thoughts on “SYUKUR SABAH RM900 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK FASA 3 SEKARANG”

Leave a Comment