SYUKUR SABAH FASA 3 2025 (SEMAK TARIKH & KELAYAKAN)

SYUKUR SABAH FASA 3 2025 (SEMAK TARIKH & KELAYAKAN)

Bantuan Tunai SYUKUR Sabah kini memasuki Fasa Ketiga (3) pembayaran, dan akan disalurkan kepada semua KIR yang layak di Negeri Sabah bagi memenuhi keperluan asas bulanan penerima.

Bagaimanakah cara semak syukur sabah fasa 3 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN BAYARAN STR FASA 4 2025

SYUKUR SABAH FASA 3 2025

SIAPA YANG LAYAK?

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya satu tahun;
  • Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

KADAR BAYARAN

Pembayaran Program SYUKUR SABAH 2025 seperti berikut:

FASA PEMBAYARANJUMLAH BAYARAN
Fasa 1RM900
Fasa 2RM900
Fasa 3RM900
Fasa 4RM900

Catatan : Kadar bantuan Sabah adalah sebanyak RM300 bagi setiap bulan. Namun, penyaluran kepada penerima akan dilakukan secara berfasa dengan bayaran sebanyak RM900 bagi setiap fasa iaitu bersamaan dengan jumlah bayaran untuk tiga (3) bulan serentak.

SYUKUR SABAH FASA 3 2025

Status Kelayakan Bantuan Sabah boleh disemak secara online seperti berikut:

  1. Pergi ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025.
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
  3. Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
  4. ⁠Tekan butang [Semak].
  5. Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, https://syukur.sabah.gov.my/
  6. Masukkan (Nombor MyKad*) di ruangan yang disediakan.
  7. Kemudian, tekan butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
  9. ⁠Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. ⁠Selesai.

TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 3 2025

Pembayaran Program SYUKUR SABAH 2025 seperti berikut:

FASA PEMBAYARANTARIKH BAYARAN
Fasa 1Januari – Mac 2025
Fasa 2April – Jun 2025
Fasa 3Julai – September 2025
Fasa 4Oktober – Disember 2025

Catatan : Tarikh Pembayaran akan dimumumkan melalui notifikasi SMS kepada penerima yang layak.

KAEDAH BAYARAN

Bantuan SABAH akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan;
  • Pengkreditan menerusi akaun e-Wallet YONO Superapp penerima; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

SOALAN LAZIM (FAQ) SYUKUR SABAH FASA 3 2025

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SYUKUR SABAH:

  1. Berapakah Jumlah bantuan SYUKUR Sabah Fasa 3?
    • Kadar bayaran Fasa 3 adalah sebanyak RM900, sama seperti Fasa sebelum ini.
  2. Siapa yang perlu membuat permohonan baru?
    • KIR yang tidak berdaftar dalam Sistem eKasih atau PADANS.
  3. Bila Fasa 3 akan dibayar?
    • Bayaran fasa 3 dijadualkan sekitar bulan Julai – September 2025. Tarikh bayaran akan dimumumkan melalui notifikasi SMS kepada penerima yang layak.
  4. Apakah yang perlu dilakukan jika semakan status menunjukkan “Tidak Layak”?
    • Periksa semula data peribadi anda dan pastikan data eKasih / PADANS adalah yang terkini.
      Anda boleh menghubungi pejabat daerah, ketua kampung, atau saluran hotline rasmi bantuan untuk membuat rayuan.
  5. Bagaimana jika saya tidak mempunyai akaun bank?
    • Anda boleh membuat tuntutan secara tunai di kaunter cawangan BSN berdekatan.

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:

    Leave a Comment