SYUKUR SABAH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

SYUKUR SABAH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

Kira-kira lebih 72,000 ribu ketua isi rumah (rakyat Sabah dan bermastautin di Sabah) yang disahkan layak telah mula menerima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah dengan jumlah sebanyak RM900 setiap penerima.

Bagaimanakah semak status penerima SYUKUR Sabah? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH : (FASA 2 2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

MANFAAT SYUKUR SABAH

Antara manfaat pelancaran Bantuan SYUKUR Sabah adalah untuk :

  • Meringankan Beban Kewangan :
    • Dengan bantuan RM300 sebulan, penerima dapat menggunakannya untuk keperluan asas seperti makanan dan perbelanjaan harian.
  • Meningkatkan Taraf Hidup :
    • Bantuan ini dapat membantu keluarga miskin memenuhi keperluan pendidikan dan penjagaan kesihatan anak-anak mereka.
  • Memberi Harapan Kepada Golongan Miskin :
    • Bantuan kewangan ini bukan sahaja menyokong dari segi kewangan tetapi juga memberikan harapan kepada golongan miskin untuk membina kehidupan yang lebih baik.

SYARAT PENERIMA SYUKUR SABAH

Bantuan SYUKUR Sabah hanya diberikan khas kepada yang memenuhi syarat-syarat berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sebelum 31 Disember 2024.
  • Memegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ dan bermastautin di Sabah sekurang-kurangnya satu tahun.
  • KIR yang didaftarkan sebagai miskin atau miskin tegar dalam eKasih atau PADANS setakat 31 Disember 2024.
  • KIR yang belum tersenarai dalam eKasih tetapi mempunyai pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

CARA AGIHAN SYUKUR SABAH

Terdapat tiga (3) cara agihan Bantuan SYUKUR Sabah, iaitu :

  1. Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
  2. Diberikan secara tunai di kaunter bank bagi yang tiada akaun bank; atau
  3. Dikreditkan melalui akaun e-Wallet di aplikasi YONO Superapp.

JADUAL AGIHAN SYUKUR SABAH 2025

Bantuan SYUKUR Sabah akan diagihkan mengikut jadual berikut :

FASAJUMLAH BANTUANTARIKH AGIHAN
Satu (1)RM900
(Januari hingga Mac)
Februari 2025
Dua (2)RM900
(April hingga Jun)
April – Mei 2025
Tiga (3)RM900
(Julai hingga September)
September 2025
Empat (4)RM900
(Oktober hingga Disember)
November 2025

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SYUKUR SABAH

Ikuti panduan semakan status kelayakan penerima Bantuan SYUKUR Sabah seperti berikut :

  1. Layari laman Portal Rasmi Bantuan SYUKUR Sabah di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
  2. Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) akan dipaparkan.
  3. Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
  4. ⁠Klik pada butang [Semak].
  5. Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
  6. Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan.
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. ⁠Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. ⁠Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my.

Leave a Comment