SYUKUR 2025 BILA PEMBAYARAN (FASA 2) : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 adalah selaras dengan pengumuman Belanjawan 2025 Negeri Sabah, sebagai salah satu inisiatif untuk membasmi kemiskinan rakyat Sabah melalui pemberian bantuan tunai khas.
Bagaimanakah semakan bila pembayaran syukur 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: EWALLET MADANI DALAM IC 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
TUJUAN PELAKSANAAN PROGRAM SYUKUR SABAH 2025
Objektif perlaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR SABAH) adalah seperti berikut:
- Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
- Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah;
- Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada rakyat.
KADAR PEMBAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025
Jumlah bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
FASA PEMBAYARAN | AMAUN BANTUAN (RM) |
---|---|
Fasa Kedua (2) | RM 900 |
Penyaluran Fasa 2 kepada penerima adalah sebanyak RM900, meliputi jumlah bayaran untuk tiga (3) bulan serentak yang mana bayaran tersebut adalah gabungan daripada bulan April RM300, Mei RM300 dan Jun RM300.
SIAPAKAH LAYAK TERIMA PEMBAYARAN SYUKUR SABAH 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
- Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SYUKUR SABAH 2025
Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 (SYUKUR) : https://sukur.sabah.gov.my/
- Halaman utama Portal Semakan Program Sentuhan Kasih Rakyat akan dipaparkan.
- Klik [Teruskan] pada pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] diruangan yang disediakan
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Status Kelayakan Penerima akan di paparkan di sini ‘Layak’ atau ‘Tidak’.
- Sekiranya disahkan ‘Layak’, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
JADUAL PEMBAYARAN SYUKUR SABAH 2025
Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:
- Fasa 1 (Januari – Mac 2025) : Pembayaran bermula 19 Februari 2025 (Rabu)
- Fasa 2 (April – Jun 2025) : Pembayaran akan dilaksanakan secara berperingkat bermula April 2025
- Fasa 3 (Julai – September 2025) : Pembayaran bermula September 2025
- Fasa 4 (Oktober – Disember 2025) : Pembayaran bermula Oktober 2025
CARA PENYALURAN BAYARAN SYUKUR SABAH 2025
Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan seperti berikut:
- Dikreditkan menerusi akaun bank penerima bagi penerima yang mempunyai akaun bank;
- Diberikan secara tunai kepada penerima yang tiada akaun bank atau status ‘gagal kredit’; ATAU
- Dikreditkan menerusi akaun e-Wallet YONO Superapp.
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Hotlink Program Sentuhan Kasih Rakyat: 088 338 338
- Portal Rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat: https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/home/faq