SYARAT PENGELUARAN KWSP 2025 : SEMAK STATUS ANDA BERKELAYAKAN ATAU TIDAK

SYARAT PENGELUARAN KWSP 2025 : SEMAK STATUS ANDA BERKELAYAKAN ATAU TIDAK

Pengeluaran wang simpanan pekerja KWSP amat penting sebagai sokongan kewangan kepada ahli dalam keperluan yang mendesak terutamanya apabila tidak mempunyai sumber kewangan lain untuk menampung keperluan tersebut.

Apakah syarat pengeluaran kwsp 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN BANTUAN MYSARA 2025 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT PENGELUARAN KWSP 2025

JENIS AKAUN KWSP

Akaun KWSP dibahagikan kepada tiga (3) seperti :

JENIS AKAUNTUJUAN SIMPANAN PERATUSAN SIMPANAN
(%)
Akaun 1
(Persaraan)
Simpanan untuk hari tua (persaraan) 75 %
Akaun 2
(Sejahtera)
Simpanan untuk tujuan Pendidikan, Perumahan, Perubatan 15 %
Akaun 3
(Fleksibel)
Simpanan jangka masa pendek dan kecemasan
(pengeluaran bila-bila masa)
10 %

SYARAT PENGELUARAN KWSP 2025

yarat pengeluaran KWSP mengikut jenis akaun simpanan seperti berikut:

Pengeluaran Akaun 1 (Persaraan) :

  • Berusia antara 55 sehingga 60 tahun.
  • Kehilangan upaya sebelum umur 55 tahun

Akaun 2 (Sejahtera) :

  • Pengeluaran khas antara umur 50 sehingga 54 tahun;
  • Tujuan : Pendidikan/ Pembelian/binaan rumah/ Rawatan perubatan/ Perlindungan insurans/takaful/Ibadah haji

Pengeluaran Akaun 3 (Fleksibel) :

  • Pengeluaran pada bila-bila masa;
  • Minimum pengeluaran adalah RM50.

CARA PERMOHONAN

Permohonan Simpanan KWSP bagi Akaun 1, 2 dan 3 boleh dilakukan melalui (2) kaedah seperti berikut:

  • Secara Online di Portal Rasmi KWSP i-Akaun / aplikasi KWSP i-Akaun; atau
  • Secara manual di Kaunter Pejabat KWSP berdekatan bagi bukan warganegara.

PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP 2025

Pengeluaran Simpanan KWSP Akaun 3 secara online adalah seperti berikut:

  1. Muat turun aplikasi KWSP i-Akaun dalam telefon bimbit anda; atau
  2. Layari laman web i-Akaun di sini : https://iakaun.kwsp.gov.my/portal/member/login
  3. Pilih menu [Pengeluaran]
  4. Seterusnya, klik butang [Keluarkan simpanan anda].
  5. Pilih [Akaun Fleksibel].
  6. Kemudian, klik butang [Keluarkan Sekarang].
  7. Masukkan jumlah pengeluaran yang diperlukan dan klik [Teruskan].
  8. Masukkan maklumat akaun bank yang aktif.
  9. Klik butang [Teruskan].
  10. Seterusnya, klik butang [Terima] jika bersetuju dengan Perakuan Ahli.
  11. Masukkan nombor TAC yang dihantar melalui SMS nombor telefon anda.
  12. Permohonan anda berjaya dihantar.
  13. Selesai.

TEMPOH PENGELUARAN KWSP 2025

Tempoh pengeluaran duit kwsp adalah 7 sehingga 14 hari bekerja selepas permohonan diluluskan
(bergantung jenis pengeluaran), dan bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima. Status permohonan boleh disemak melalui i-Akaun atau SMS notifikasi.

SOALAN LAZIM (FAQ) KWSP

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan KWSP:

  1. Boleh saya keluarkan simpanan bila-bila dari Akaun 3?
    • Ya, dengan pengeluaran minimum adalah sebanyak RM50.
  2. Adakah perlu dokumen sokongan?
    • Pengeluaran Akaun 3 (fleksibel), tidak memerlukan sebarang dokumen sokongan. Namun, untuk pengeluaran seperti Akaun 2 (sejahtera) memerlukan surat verifikasi rasmi.
  3. Apa akan berlaku kepada Akaun Fleksibel jika saya tidak pernah keluarkan?
    • Simpanan akan terus kekal dan berkembang dengan dividen tahunan. Ia hanya dipindahkan ke Akaun 55 (gabungan simpanan dari Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera, dan Akaun Fleksibel) dan boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 55 tahun.
  4. Berapa lama masa untuk pengeluaran diproses?
    • Duit akan disalurkan ke dalam akaun anda dalam tempoh 7 – 14 hari bekerja selepas permohonan diluluskan (bergantung kepada jenis bank akaun yang digunakan).
  5. Bolehkah pencarum bukan warganegara Malaysia membuat pengeluaran?
    • Boleh, dengan pengeluaran secara tunai dan memenuhi syarat umum pengeluaran.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berdekatan.

Leave a Comment