SYARAT PENGELUARAN KWSP 2025 : SEMAKAN STATUS ANDA BERKELAYAKAN ATAU TIDAK

SYARAT PENGELUARAN KWSP 2025 : SEMAKAN STATUS ANDA BERKELAYAKAN ATAU TIDAK

Seramai 16.22 juta ahli yang mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pengeluaran wang simpanan pada bila-bila masa sahaja sekiranya memenuhi syarat-syarat dan mendapat kelulusan daripada pihak KWSP dari semasa ke semasa.

Ketahui syarat-syarat serta status kelayakan pengeluaran KWSP lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH MYSTR FASA 4 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT PENGELUARAN KWSP 2025

PENGENALAN AKAUN KWSP 2025

Akaun KWSP yang terbaru distruktur semula menjadikan kepada tiga (3) akaun, iaitu :

  • Akaun 1 (Persaraan);
  • Akaun 2 (Sejahtera); dan
  • Akaun 3 (Fleksibel).

Caruman untuk ketiga-tiga akaun diagihkan dengan kadar yang berbeza dan syarat pengeluaran juga berbeza. Berikut merupakan kadar agihan caruman KWSP :

JENIS AKAUNKADAR AGIHAN CARUMAN
Persaraan (Akaun 1)75%
Sejahtera (Akaun 2)15%
Fleksibel (Akaun 3)10%

SYARAT PENGELUARAN KWSP 2025

Akaun 1, Akaun 2 dan Akaun 3 mempunyai syarat kelayakan yang berbeza untuk pengeluaran KWSP. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan pengeluaran KWSP setiap akaun :

  • Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 1 :
    • Mempunyai simpanan dalam Akaun 1;
    • Berumur 55 tahun; atau
    • Sebelum umur 55 tahun dengan kelulusan daripada KWSP untuk kes berikut :
      • Berpindah keluar negara;
      • Hilang upaya;
      • Kematian;
      • Keadaan kecemasan kewangan.
  • Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 2 :
    • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2;
    • Berumur 50 hingga 54 tahun;
    • Kegunaan tertentu seperti berikut :
      • PraPersaraan (keperluan kewangan untuk persiapan hari persaraan);
      • Pembelian rumah;
      • Bencana alam / rawatan perubatan;
      • Ibadah Haji;
      • Pendidikan; dan sebagainya.
  • Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 3 :
    • Mempunyai simpanan dalam Akaun 3;
    • Belum mencapai umur 55 tahun; dan
    • Had minimum pengeluaran sebanyak RM50.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP 2025

Ahli boleh juga menyemak status kelayakan untuk mengetahui sama ada layak atau tidak buat pengeluaran KWSP dari Akaun 1, Akaun 2 dan Akaun 3.

Ikuti cara semakan status kelayakan pengeluaran KWSP seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi KWSP; atau klik pada pautan di sini : https://www.kwsp.gov.my/ms/.
  2. Kemudian, lihat pada paparan pengeluaran.
  3. Pilih jenis pengeluaran yang anda inginkan.
  4. Seterusnya, klik pada pengeluaran yang anda inginkan dan semak status kelayakan yang diperlukan.
  5. Status kelayakan pengeluaran ahli akan dipaparkan.
  6. Selesai.

*NOTA : Setelah mengetahui syarat dan status kelayakan pengeluaran, ahli boleh membuat pengeluaran secara manual di kaunter KWSP atau secara online melalui i-Akaun.

SOALAN LAZIM (FAQ) PENGELUARAN KWSP

Berikut merupakan soalan-soalan lazim (faq) berkaitan pengeluaran simpanan KWSP :

  1. Sekiranya memenuhi kelayakan, adakah saya boleh buat pengeluaran KWSP?
    • Ya, namun ianya tertakluk kepada kelulusan oleh KWSP.
  2. Adakah ahli yang berumur 55 tahun juga boleh buat pengeluaran Akaun 3?
    • Tidak boleh, ianya khas kepada ahli yang belum mencapai umur 55 tahun.
  3. Bilakah boleh buat pengeluaran KWSP?
    • Pengeluaran KWSP boleh dibuat pada bila-bila masa sekiranya anda memenuhi kelayakan.
  4. Berapa lamakah proses pengeluaran KWSP diluluskan?
    • Proses pengeluaran KWSP biasanya mengambil masa selama 1 hingga 10 hari bekerja sahaja.
  5. Sekiranya dalam Akaun 3 saya mempunyai simpanan sebanyak RM5 ribu, bolehkah saya buat pengeluaran kesemua simpanan tersebut?
    • Ya boleh sekiranya mempunyai jumlah simpanan sebanyak tersebut.

INFO LANJUT

Untuk info lebih lengkap dan lanjut berkaitan Pengeluaran KWSP, anda boleh rujuk pihak KWSP melalui talian dan laman web rasmi seperti berikut :

  • Pusat Talian Khidmat Pelanggan KWSP : 03-8922 6000
    • (Waktu operasi : Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang).
  • Laman Web Rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/.

Leave a Comment