SYARAT KELAYAKAN BINGKAS SELANGOR : SEMAKAN STATUS & CARA PERMOHONAN BARU 2026

SYARAT KELAYAKAN BINGKAS SELANGOR : SEMAKAN STATUS & CARA PERMOHONAN BARU 2026

Permohonan baharu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) untuk membantu rakyat Selangor yang memerlukan bantuan kini dibuka, membolehkan individu yang layak untuk mengemukakan permohonan bantuan bagi tahun 2026.

Apakah syarat kelayakan permohonan bingkas selangor? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: LOGIN BINGKAS SELANGOR : SEMAKAN STATUS & PERMOHONAN BARU BANTUAN 2026

SYARAT KELAYAKAN BINGKAS SELANGOR

Syarat Kelayakan Bantuan BINGKAS 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemilih berdaftar di Selangor;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah;
  • Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.

KADAR KELAYAKAN BINGKAS SELANGOR

Jumlah Kelayakan BINGKAS Selangor, 2026 seperti berikut :

KADAR BULANANKADAR KELAYAKAN SETAHUN
RM300RM3,600

CARA PELAKSANAAN BINGKAS SELANGOR

Program BINGKAS Selangor dilaksanakan seperti berikut :

  • Bantuan secara tanpa tunai (cashless) melalui akaun e-WALLET Selangkah;
  • Boleh dibelanjakan untuk barang keperluan asas, di kedai berdaftar;
  • Baki tidak akan dibawa ke bulan seterusnya.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BINGKAS SELANGOR

Semakan Status Permohonan BINGKAS boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut :

  • Portal Rasmi BINGKAS; atau
  • Aplikasi Selangkah.

Cara semakan status di Portal Rasmi BINGKAS :

  1. Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
  2. Laman utama BINGKAS akan dipaparkan.
  3. Tekan Butang [Semak Status Permohonan].
  4. Anda akan dibawa kepada laman Semakan Status Permohonan.
  5. Masukkan [Nombor Telefon] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan.
  6. Kemudian, tekan klik [Log Masuk].
  7. Setelah berjaya log masuk, maklumat akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak BINGKAS 2026.
  8. Selesai.

Cara semakan status di Aplikasi Selangkah :

  1. Muat turun aplikasi ‘Selangkah’ melalui Apps Store / Play Store dalam telefon bimbit anda.
  2. Kemudian, buka aplikasi tersebut.
  3. Daftarkan akaun anda.
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  5. Log Masuk akaun yang telah didaftarkan.
  6. Buka bahagian [BINGKAS].
  7. Semak status kelayakan anda.
  8. Selesai.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan BINGKAS Sesi 2026 seperti berikut :

TARIKH BUKA PERMOHONANTARIKH TUTUP PERMOHONAN
1 Novermber 2025 (Sabtu)Belum diumumkan

CARA PERMOHONAN BARU

Permohonan BINGKAS boleh dilakukan secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
  2. Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
  3. Tekan Butang [Log Masuk].
  4. Masukkan nombor ID dan kata laluan dan klik [Log Masuk] bagi yang telah mempunyai akaun.
  5. Jika belum mempunyai akaun, sila klik butang Tekan [Daftar Akaun Selangkah baharu].
  6. Seterusnya, klik pada butang [Buat Permohonan].
  7. Masukkan butiran peribadi, alamat kediaman, status perkahwinan dan klik [Hantar].
  8. Masukkan pula maklumat pekerjaan dan pendapatan dan klik butang [Hantar].
  9. Klik pula pada butang [Tambah Anak] untuk masukan butiran anak / tanggungan.
  10. Ulang klik butang [Tambah Anak] untuk isi butiran anak seterusnya.
  11. Muat naik salinan Kad Pengenalan / MyKid anak dan klik [Simpan].
  12. Setelah selesai, klik butang [Hantar].
  13. Tandakan pada kotak Maklumat Bantuan yang diterima dan klik [Hantar].
  14. Seterusnya, klik butang [Choose File] untuk muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan klik [Hantar].
  15. Tandakan pada kotak Persetujuan dan klik butang [Hantar].
  16. Permohonan telah berjaya dihantar.
  17. Selesai.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN

Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan BINGKAS, seperti berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan).
  • Salinan Sijil Kematian / Bercerai / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal).
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara).
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta).
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti spt ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
  • Salinan Bukti Pemilih Berdaftar di Selangor.

KEDAI BERDAFTAR BINGKAS SELANGOR

Terdapat banyak kedai berdaftar di bawah Program BINGKAS untuk penerima menggunakan akaun e-Wallet Selangkah, termasuk pasar raya besar seperti :

  • Lotus;
  • 99 Speedmart.

Untuk melihat senarai kedai penuh, anda boleh semak di laman rasmi BINGKAS di https://bingkasselangor.com/senarai-kedai/

CARA BELI

Penerima boleh menggunakan Bantuan BINGKAS untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai berdaftar dengan cara seperti berikut:

  1. Kunjungi Kedai Berdaftar di bawah Program BINGKAS yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan Asas yang ingin dibeli.
  3. Tunjuk ID anda di Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
  5. Tekan butang bayar, dan masukkan pin 6 digit untuk pengesahan pembayaran.
  6. Tunjukkan Kod QR dalam Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk diimbas bagi tujuan pembayaran.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment