SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA : SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025
SARA MyKasih atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan salah satu program bantuan kewangan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan MADANI dengan menumpukan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40). Menerusi sistem MyKasih, penerima dapat memantau status dan mengakses bayaran dalam Mykad.
Kami akan berkongsikan maklumat lebih terperinci berkaitan Bantuan SARA MyKasih, cara semakan, senarai barang dan banyak lagi maklumat penting di bawah.
BACA JUGA : CARA SEMAKAN BANTUAN IC (2025)
TARIKH & TEMPOH SAH BANTUAN SARA
Bantuan SARA MyKasih RM100 telah dikreditkan secara automatik sekaligus dalam MyKad 22 juta rakyat bermula 31 Ogos 2025.
🗓️ Tempoh Sah Bantuan SARA RM100 :
- ✅ 31 Ogos 2025 : Bantuan dikreditkan dan boleh terus digunakan.
- Penerima boleh menggunakannya pada bila-bila masa di mana-mana kedai terpilih seluruh Malaysia.
- ❌ 31 Disember 2025 : Bantuan tamat tempoh dan tidak boleh digunakan lagi.

Nota Penting Bantuan SARA RM100 :
🔔 Gunakan Bantuan SARA sepenuhnya sebelum 31 Disember 2025 kerana baki yang ada dalam MyKad tidak akan dibawa ke tahun berikutnya.
❌ Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad tidak boleh buat pengeluaran secara tunai dan penerima perlu membeli barang secara tanpa tunai sahaja.
⏳ Kredit sah digunakan dari 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025.
📄 Simpan resit pembelian sebagai bukti transaksi.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA RM100 One-off, sila layari pautan portal rasmi https://www.sara.gov.my/ gunakan penyemak kelayakan dan masukkan maklumat MyKad pada ruangan yang disediakan.
Penerima yang layak mestilah memenuhi syarat berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Tersenarai dalam pangkalan data Kerajaan seperti eKasih;
- Tergolong dalam kumpulan pendapatan B40.
Kredit RM100 hanya boleh digunakan untuk beli barangan keperluan asas yang diluluskan dan tidak boleh dikeluarkan dalam bentuk tunai.
SEMAK KATEGORI BARANG YANG DILULUSKAN
Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad hanya boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas yang diluluskan mengikut kategori berikut :
KATEGORI BARANG | JENIS BARANG |
---|---|
Beras | Jenama beras bungkusan (cth : Jati, Jasmine) |
Telur | Telur ayam (Gred A – C) |
Roti | Roti putih, roti gandum, roti sandwich |
Minyak masak | Minyak sawit, minyak sayuran |
Biskut | Biskut kering, biskut berkrim |
Mi segera | Mi segera dalam cawan, mi segera dalam bungkusan |
Tepung | Tepung gandum untuk memasak |
Minuman | Kopi, milo, susu tepung, teh |
Bahan Perasa | Gula, garam, sos, rempah ratus |
Makanan dalam tin | Sardin, tuna, kacang panggang |
Barang penjagaan diri | Ubat gigi, tuala wanita, sabun mandi |
Ubat-ubatan | Panadol, ubat batuk |
Keperluan sekolah | Alat tulis, pakaian seragam, kasut sekolah |
Barang kebersihan rumah | Sabun pencuci pinggan, pencuci pakaian, pencuci rumah |
KATEGORI PENERIMA BANTUAN SARA
Berikut merupakan kategori penerima yang layak terima Bantuan SARA setiap bulan 2025 :
- Isi Rumah (STR & eKasih) : Keluarga yang berdaftar eKasih dan layak terima Bantuan STR.
- Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) : Individu 60 tahun ke atas yang berdaftar eKasih dan layak Bantuan STR.
- Bujang (STR & eKasih) : Individu 21 hingga 59 tahun yang berdaftar eKasih dan layak terima Bantuan STR.
- Isi Rumah (STR sahaja) : Keluarga yang terima Bantuan STR.
- Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) : Individu umur 60 tahun ke atas layak terima Bantuan STR.
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN SARA
Untuk ketahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA, anda boleh membuat semakan status secara online melalui Portal Rasmi MyKasih dan aplikasi MyKasih seperti berikut :
Semak Kelayakan Di Portal Rasmi
- Layari Portal Rasmi MyKasih
- Klik pada pautan Portal Semakan Rasmi MyKasih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan maklumat peribadi
- Isikan ruangan yang disediakan dengan nombor MyKad tanpa jarak dan tanpa sengkang.
- Semak status dan baki bantuan
- Status kelayakan dan baki Bantuan SARA akan dipaparkan.
Semak Kelayakan Di Aplikasi
Anda juga boleh menyemak status kelayakan dan baki Bantuan SARA melalui aplikasi MyKasih yang boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei App Gallery.
JADUAL BAYARAN BANTUAN SARA
Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan SARA setiap bulan bagi tahun 2025 :
KATEGORI PENERIMA | BAYARAN JAN – MAC | BAYARAN APR – DIS |
---|---|---|
Isi Rumah STR & eKasih | RM100 | RM200 |
Warga Emas STR & eKasih | RM100 | RM150 |
Bujang STR & eKasih | RM50 | RM50 |
Isi Rumah STR Sahaja | – | RM100 |
Warga Emas STR sahaja | – | RM50 |
CARA GUNA BANTUAN SARA
Setelah anda menerima bayaran Bantuan SARA dalam MyKad, ikuti cara guna seperti berikut :
- Kunjungi kedai yang berdaftar Bantuan SARA seperti :
- Mydin, Giant, Econsave, Lotus dan sebagainya berdekatan anda.
- Pilih barangan yang mempunyai label SARA MyKasih pada rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang mempunyai sistem bayaran SARA MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk rujukan baki.
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat-maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini berkaitan Bantuan SARA adalah dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian : 03-7720 1800
- e-mel : [email protected]