SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 BILA MASUK : SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN SARA
Kerajaan melaksanakan inisiatif Bantuan Sumbangan Asas Rahmah untuk tahun 2026 di bawah Payung Rahmah dan peruntukan dinaikkan sehingga RM15 billion untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia yang memerlukan.
Bagaimanakah semak senarai nama penerima & bila masuk Sumbangan Asas Rahmah? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2026 : CEK LAYAK ATAU TIDAK
APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan tambahan yang disalurkan khas kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah untuk membantu menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas setiap bulan.
- Dikreditkan dalam bentuk kredit tanpa tunai dalam MyKad penerima.
- Perlu digunakan untuk beli barang keperluan asas.
- Hanya di kedai-kedai runcit terpilih yang berdaftar.
SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 BILA MASUK
Pengkreditan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah akan dimasukkan ke dalam MyKad penerima pada setiap bulan mengikut tarikh-tarikh seperti di bawah :
- Januari 2026.
- 1 Februari 2026.
- 1 Mac 2026.
- 1 April 2026.
- 1 Mei 2026.
- 1 Jun 2026.
- 1 Julai 2026.
- 1 Ogos 2026.
- 1 September 2026.
- 1 Oktober 2026.
- 1 November 2026.
- 1 Disember 2026.
*Namun, tarikh kredit untuk Januari akan dikemaskini semula mengikut pengumuman rasmi nanti.
BERAPA KADAR SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026
Kadar pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah untuk tahun 2026 dipertingkatkan untuk setiap kategori penerima seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
- Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar : RM200 sebulan (RM2,400 setahun).
- Isi Rumah Asas Bukan Miskin : RM100 sebulan (RM1,200 setahun).
- Kategori Warga Emas :
- Warga Emas Miskin & Miskin Tegar : RM150 sebulan (RM1,800 setahun).
- Warga Emas Asas Bukan Miskin : RM50 sebulan (RM600 setahun).
- Kategori Bujang :
- Bujang Miskin & Miskin Tegar : RM100 sebulan (RM1,200 setahun).
- Bujang Asas Bukan Miskin : RM50 sebulan (RM600 setahun).
SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026
Nama sebagai penerima Sumbangan Asas Rahmah untuk tahun 2026 boleh disemak secara terus atas talian (online) seperti berikut :
- Sila layari laman web Sumbangan Tunai Rahmah di sini – https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan No. Kad Pengenalan anda.
- Klik pada butang [Semak].
- Nama anda dipaparkan sebagai ‘kata Kunci Keselamatan’.
- Jika betul, klik butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan yang sah.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Papan pemuka akan dipaparkan.
- Terus klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan & nama pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Artikel ini kami tulis berdasarkan rujukan daripada Portal Rasmi MyKasih dan kongsikan untuk mudahkan carian orang ramai berkaitan Sumbangan Asas Rahmah. Untuk rujukan lebih lanjut :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]