SUMBANGAN 100 MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA ANDA LAYAK

SUMBANGAN 100 MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA ANDA LAYAK

Tambahan dana sebanyak RM2 billion diperuntukan untuk disalurkan kepada 22 juta rakyat Malaysia sebagai tanda penghargaan Kerajaan kepada rakyat melalui inisiatif Sumbangan SARA One-Off yang dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak.

Bagaimanakah semakan status sama ada layak atau tidak Sumbangan RM100 dalam MyKad? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STR FASA 4 : SEMAK STATUS

JUMLAH SUMBANGAN DALAM MYKAD 2025

Setiap individu yang layak akan menerima jumlah bayaran yang sama dalam MyKad. Berikut merupakan jumlah Sumbangan SARA dalam MyKad :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH SUMBANGAN
DALAM MYKAD
BujangRM100 setiap seorang
Isi RumahRM100 suami + RM100 isteri
Warga EmasRM100 setiap seorang

TARIKH SUMBANGAN 100 MYKAD 2025

Bayaran Sumbangan SARA RM100 akan dimasukkan dalam MyKad semua penerima secara serentak pada tarikh yang sama. Berikut merupakan tarikh Sumbangan SARA dalam MyKad penerima :

JENIS BAYARANTARIKH SUMBANGAN
Sekali bayar (One-off)31 Ogos 2025 (Ahad)

KRITERIA PENERIMA 100 MYKAD 2025

Seramai 22 juta rakyat dewasa yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan akan menerima bayaran Sumbangan SARA dalam MyKad. Antara kriteria kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Status Bujang / Isi Rumah / Warga Emas.

CARA GUNA SUMBANGAN 100 MYKAD 2025

Bayaran Sumbangan SARA dalam MyKad perlu digunakan untuk beli barang keperluan asas. Berikut merupakan panduan cara-cara guna MyKad untuk beli barang :

  1. Pergi ke kedai yang menerima bayaran guna MyKad (rujuk : Senarai Kedai Terpilih Di Sini)
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  5. Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN MyKad.
  6. Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan dan resit akan diberikan.

SEMAKAN STATUS SUMBANGAN 100 MYKAD 2025

Status kelayakan sebagai penerima Sumbangan SARA RM100 dalam MyKad boleh disemak secara online. Ikuti panduan semakan status penerima Sumbangan SARA dalam MyKad seperti berikut :

  1. Sila layari Laman Portal Rasmi SARA di pautan ini : https://www.sara.gov.my/.
  2. Halaman utama ‘Penghargaan SARA ‘ akan dipaparkan.
  3. Sila klik pada butang [Semak Kelayakan] untuk semakan status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah RM100One-off.
  4. Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  5. Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
    • Contoh : 84XXXXXXXXXX.
  6. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  7. Status kelayakan anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Berikut merupakan contoh paparan status penerima yang ‘Layak’ menerima Sumbangan Dalam MyKad :

Nama ProgramPenghargaan SARA
StatusLayak
Tarikh Program Bermula31/08/2025
Tarikh Program Berakhir31/12/2025
Baki (RM)100.00

SOALAN LAZIM (FAQ) SUMBANGAN SARA

Berikut merupakan soalan-soalan lazim (faq) yang sering dipersoalkan oleh penerima berkaitan Sumbangan SARA RM100 dalam MyKad :

  1. Bolehkah Sumbangan SARA RM100 dalam MyKad digunakan untuk bayar tol atau pengangkutan awam?
    • Tidak boleh. Ianya hanya boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas sahaja.
  2. Apakah barang keperluan asas yang boleh dibeli guna Sumbangan SARA RM100 dalam MyKad?
    • Antara barang keperluan asas yang boleh dibeli adalah beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
  3. Bolehkah buat pengeluaran tunai Sumbangan SARA RM100 dalam MyKad?
    • Tidak boleh. Ianya perlu digunakan untuk pembelian secara tanpa tunai.
  4. Adakah perlu memohon Sumbangan SARA RM100 dalam MyKad?
    • Bantuan SARA RM100 akan dikreditkan dalam MyKad penerima yang layak secara automatik tanpa perlu kemukakan sebarang permohonan.
  5. Bilakah tarikh akhir boleh guna Sumbangan SARA RM100 dalam MyKad?
    • Sebelum 31 Disember 2025.

RUJUKAN

Maklumat berkaitan Bantuan Sumbangan SARA dalam MyKad di atas adalah dirujuk daripada laman web rasmi MyKasih. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan Sumbangan SARA dalam MyKad, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Leave a Comment