SUBSIDI RON95 : SYARAT KELAYAKAN & SEMAK, CARA TEBUS, GUNA
Semua Warganegara Malaysia, tanpa mengira tahap pendapatan, yang mempunyai lesen memandu yang sah dan aktif akan layak untuk menikmati manfaat Subsidi RON 95 (BUDI MADANI) secara automatik dengan kadar minyak Petrol RON 95 RM1.99 seliter berbanding tanpa subsidi sehingga RM2.60 seliter.
Semak syarat kelayakan, cara tebus, cara semak dan sebagainya berkaitan Subsidi RON 95 di bawah.
BACA JUGA : BUDI MADANI SEMAKAN STATUS : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

KADAR HARGA RON95
Berikut merupakan perbezaan harga Petrol RON95 semasa, baharu dengan subsidi dan tanpa subsidi :
- RM2.05 / seliter (harga kini);
- RM1.99 / seliter (harga baharu dengan subsidi);
- RM2.60 / seliter (harga baharu tanpa subsidi).
SYARAT KELAYAKAN
Seramai 16 juta rakyat yang layak menerima Subsidi RON 95 disahkan mengikut syarat dan kriteria kelayakan seperti berikut :
SYARAT KELAYAKAN | KRITERIA PENERIMA |
---|---|
Warganegara | Malaysia |
Status MyKad | Tiada kerosakan cip |
Umur Penerima | Seawal 16 tahun dan ke atas |
Pemilikan Kenderaan | Kerata / motorsikal persendirian |
Lesen Memandu | Sah dan aktif |
TARIKH KUATKUASA SUBSIDI RON95
Berdasarkan kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), Subsidi RON 95 akan berkuatkuasa bermula pada tarikh-tarikh berikut :
- 27 September 2025 (Sabtu) kepada 300 ribu anggota Polis dan Tentera;
- 28 September 2025 (Ahad) kepada penerima STR golongan B40;
- 30 September 2025 (Selasa) kepada semua 16 juta rakyat Malaysia.
CARA SEMAK KELAYAKAN
Ikuti cara semak kelayakan anda dengan mudah seperti berikut :
Panduan Semak Kelayakan Di Stesen Minyak :
- Kunjungi Stesen Minyak terdekat anda.
- Letakkan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak untuk pengesahan kelayakan.
- Kelayakan anda akan disahkan, jika anda layak paparan dalam Sistem akan menunjukkan anda layak menerima harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.
- Selesai.
Panduan Semak Kelayakan Secara Online :
Untuk mengelakkan kesesakan di stesen minyak, anda boleh semak kelayakan melalui aplikasi seperti berikut :
- Muat turun aplikasi ‘Setel‘ dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play; atau
- App Store; atau
- Huawei App Gallery.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi ‘Setel’.
- Daftar akaun anda dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
- Kemudian, sahkan akaun dengan klik butang [Verification].
- Imbas MyKad depan dan belakang.
- Tangkap swafoto terkini anda.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan betul.
- Sekiranya ‘Layak’ harga Petrol RON95 akan dipaparkan RM1.99 seliter.
- Selesai.
CARA TEBUS SUBSIDI RON95
Anda boleh tebus Subsidi RON 95 hanya secara manual di stesen-stesen minyak seluruh Malaysia. Ikuti cara tebus yang mudah seperti berikut :
- Pergi ke stesen minyak terpilih berdekatan anda.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Subsidi.
- Pilih nombor pam anda.
- Bayar mengikut liter yang anda inginkan secara tunai / kad kredit / kad debit / e-Wallet.
- Isi minyak seperti biasa.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SUBSIDI RON95
- Dimanakah boleh tebus Subsidi RON 95?
- Di mana-mana stesen minyak yang mempunyai sistem Terminal Pembaca MyKad.
- Bilakah boleh tebus Subsidi RON 95?
- Bermula 30 September 2025 untuk semua rakyat Malaysia.
- Adakah Warga Asing juga boleh tebus Subsidi RON 95?
- Tidak boleh. Warga Asing perlu membayar harga Petrol RON 95 dengan harga semasa iaitu RM2.60 seliter.
- Bagaimanakah jika MyKad gagal dibaca?
- Anda perlu menukar MyKad dengan segera untuk menebus Subsidi RON 95.
- Berapakah kuota Subsidi RON 95 yang boleh ditebus?
- Setiap individu yang layak boleh menebus Subsidi RON 95 sehingga 300 liter setiap bulan.
MAKLUMAT LANJUT
Artikel ini hanya menghuraikan maklumat yang diperoleh daripada Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF). Sekiranya anda ingin mengetahui info lebih lanjut, sila rujuk di sini : https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/budi95-pastikan-penyasaran-subsidi-ron95-manfaat-rakyat.