SUBSIDI PETROL DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA RON95 2025

SUBSIDI PETROL DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA RON95 2025

Bermula hujung bulan September 2025, seramai 16 juta rakyat Malaysia bakal menikmati harga petrol RON95 pada kadar lebih rendah dengan pelaksanaan Subsidi RON95 oleh Kerajaan melalui Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Bagaimanakah semakan status kelayakan subsidi petrol dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: KELAYAKAN SUBSIDI PETROL BERSASAR : SEMAK (RON95)

SUBSIDI PETROL DALAM MYKAD

APA ITU SUBSIDI PETROL DALAM MYKAD?

Subsidi petrol atau Subsidi RON95 merupakan Program yang dilaksanakan oleh Kerajaan melalui Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang dilaksanakan menggunakan MyKad sebagai :

  • MyKad sebagai pengantara pengesahan kelayakan subsidi;
  • Untuk mendapatkan harga petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter; DAN
  • Tanpa sebarang permohonan diperlukan.

KADAR SUBSIDI

Melalui pelaksanaan subsidi petrol ini, penerima yang layak akan menikmati subsidi RON95 seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAHARGA PETROL RON95
PER LITER
Warganegara MalaysiaRM1.99 /Liter
Bukan Warganegara MalaysiaRM2.60 /Liter

SIAPA YANG LAYAK?

Kelayakan penerima Subsidi RON95 adalah seperti berikut:

  • Semua Warganegara Malaysia;
  • Berusia 16 tahun dan ke atas;
  • Memiliki lesen memandu yang SAH berdaftar JPJ;
  • Lesen memandu yang aktif (masih SAH);

HAD PENGGUNAAN

Penerima boleh menikmati subsidi petrol RON95 dengan kadar RM1.99 Seliter mengikut Had yang ditetapkan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAHARGA PETROL RON95
PER LITER
Warganegara Malaysia300 Liter Sebulan
Pemandu e-hailingTiada Had

(Perlu memohon untuk had lebih tinggi atau kelayakan had tambahan)

TARIK PELAKSANAAN

Pelaksanaan penyasaran Subsidi minyak Petrol RON95 dengan kadar RM1.99 seliter akan berkuatkuasa pada penghujung bulan September 2025 seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH PELAKSANAAN
Warga Polis & Tentera27 September 2025
(Sabtu)
Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
28 September 2025
(Ahad)
Semua Warganegara Malaysia
(Orang Awam)
30 September 2025
(Selasa)

SUBSIDI PETROL DALAM MYKAD

Berikut merupakan cara untuk semak status kelayakan subsidi ron95:

  • Semakan Secara Fizikal : Pengesahan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak; ATAU
  • Semakan Secara Online : Pengesahan menggunakan Aplikasi TouchNGo (TNG) atau Aplikasi Syarikat Minyak seperti Setel (Petronas), CaltexGo.

Catatan : Tiada sebarang permohonan diperlukan, dan hanya perlukan pengesahan MyKad. Pastikan MyKad dalam keadaan baik dan boleh dibaca oleh mesin pembaca MyKad.

CARA TUNTUT SUBSIDI PETROL GUNA MYKAD

Berikut merupakan langkah-langkah penggunaan subsidi ron95 :

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Stesen Minyak berdekatan anda.
  2. Letakkan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak untuk pengesahan kelayakan penerima;
  3. Jika ingin mengelakkan kesesakan, anda juga boleh buat semakan pengesahan kelayakan pada aplikasi TouchNGo atau Aplikasi syarikat Minyak sebelum mengisi petrol.
  4. Kelayakan anda akan disahkan, jika anda layak paparan dalam Sistem akan menunjukkan anda layak menerima harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.
  5. Isi minyak RON95 seperti biasa.
  6. Kemudian bayar mengikut liter secara tunai, atau kad kredit/debit.
  7. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) SUBSIDI PETROL

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SUBSIDI RON95:

  1. Bila subsidi petrol dalam MyKad bermula?
    • Bermula 30 September 2025 untuk orang ramai. Namun, beberapa kategori khusus seperti polis, tentera, penerima STR akan mendapat beberapa lebih awal berbanding orang awam.
  2. Berapa liter minyak subsidi boleh saya dapat?
    • Sehingga 300 liter sebulan bagi orang awam, manakala pemandu e-hailing boleh mendapatkan had tambahan melalui permohonan.
  3. Bagaimana kalau MyKad rosak atau hilang?
    • Anda boleh menggunakan aplikasi digital sebagai alternatif sementara. Untuk menggunakan MyKad, anda perlu menggantikannya di JPN.
  4. Adakah subsidi ini automatik atau perlu daftar?
    • Subsidi adalah secara automatik kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan.
  5. Bolehkan isi petrol lebih daripada had bulanan?
    • Boleh. Tetapi setiap liter tambahan atau melebihi kadar had yang ditetapkan akan dikenakan harga pasaran penuh tanpa subsidi.

RUJUKAN

Pihak kami hanya menyediakan maklumat terkini berkaitan bantuan Kerajaan. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini

Leave a Comment