SUBSIDI MINYAK RON95 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA
Bagi mengelakkan berlaku ketirisan subsidi minyak Petrol RON 95, Kerajaan MADANI mengenalkan inisiatif baharu kepada rakyat Malaysia yang layak, dapat mengisi minyak Petrol RON 95 dengan harga yang dijanjikan iaitu sebanyak RM1.99 seliter daripada harga biasa sebanyak RM2.05 seliter.
Ketahui apa itu subsidi RON95, kelayakan penerima da maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK STATUS SYUKUR SABAH : KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN RM900 FASA 3

APA ITU SUBSIDI MINYAK RON95?
Seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Ke-10 iaitu harga minyak Petrol RON 95 akan turun daripada RM2.05 seliter kepada RM1.99 seliter melalui pelaksanaan subsidi bersasar kepada rakyat Malaysia yang layak sahaja.
Minyak Petrol RON 95 yang berharga RM1.99 seliter hanya dapat dibeli dengan menggunakan pengesahan MyKad sahaja. Inisiatif ini dilaksanakan supaya manfaat subsidi yang diberikan dapat sampai ke rakyat Malaysia.
SIAPA YANG LAYAK?
Seramai kira-kira 18 juta pemandu kereta dan penunggang motorsikal akan menikmati subsidi minyak Petrol RON 95 RM1.99 seliter. Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima subsidi oleh Kerajaan :
- Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
- Pemandu kereta dan penunggang motorsikal;
- Belia seawal usia 16 tahun;
- Pekerja gig (seperti penghantar makanan dan penunggang e-hailing).
*Nota : Rakyat perlu memastikan MyKad dapat digunakan dan tidak berlaku kerosakan pada cip.
MANFAAT SUBSIDI RON95
Pelaksanaan subsidi bersasar Petrol RON 95 ini dapat memberikan banyak manfaat kepada rakyat dan negara. Antaranya ialah :
- Membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat;
- Mengekang ketirisan subsidi dan aktiviti penyeludupan;
- Dapat mengoptimumkan sumber negara bagi manfaat rakyat;
- Dapat mengurangkan pembaziran subsidi.
CARA GUNA SUBSIDI RON95
Apabila Kerajaan melaksanakan subsidi RON 95, rakyat boleh mengikuti cara-cara isi minyak guna subsidi seperti berikut :
- Kunjungi stesen minyak yang terdekat.
- Pergi ke kaunter bayaran.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima.
- Juruwang akan sahkan.
- Bayar mengikut liter yang anda inginkan secara tunai.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SUBSIDI MINYAK
Ketahui soalan lazim dan jawapan berkaitan Bantuan Subsidi minyak RON 95 yang sering menjadi persoalan rakyat Malaysia :
- Bilakah harga minyak Petrol RON 95 diturunkan kepada RM1.99 seliter?
- Harga minyak Petrol RON 95 dijangka akan turun kepada RM1.99 seliter menjelang akhir September 2025 dan pihak Kerajaan akan mengumumkan tarikh secara rasmi nanti.
- Adakah rakyat bukan Warganegara Malaysia juga layak beli minyak Petrol RON 95 dengan harga RM1.99 seliter?
- Tidak layak. Hanya rakyat Warganegara Malaysia yang merupakan pemegang MyKad sahaja layak.
- Berapakah perbezaan harga minyak Petrol RON 95 semasa dan baharu?
- Harga semasa kini adalah sekitar RM2.05 seliter dan harga baharu akan dapat sekitar RM1.99 seliter.
- Bagaimanakah jika MyKad rosak?
- Penerima perlu menukar MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat.
- Dimanakah boleh guna Subsidi minyak RON 95 RM1.99 seliter?
- Di semua stesen minyak seluruh Malaysia.
RUJUKAN
Olahan dalam artikel ini hanya memberikan informasi berkaitan Bantuan Subsidi Minyak RON 95 yang dirujuk daripada pengumuman oleh Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri sahaja. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib. https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/akhbar/rasionalisasi-subsidi-ron95-akan-dilaksana-pada-separuh-kedua-2025-amir-hamzah.